Pengikut Setia

27 Julai 2020

Topeng muka kain buat sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Topeng muka kain buat sendiri



Minggu lepas, 22 Julai 2020 hari Rabu bermulanya sesi persekolahan bagi sekolah rendah untuk pelajar darjah 1, 2, 3 dan 4.  Seminggu sebelumnya bermula sesi sekolah untuk pelajar sekolah menengah.  Amat terasa sungguh sesi yang agak kelam kabut, manakan tidak hampir 3 bulan anak-anal berehat panjang di rumah.  Yang anehnya, ibu pula yang terasa gusar dan gelisah bila sesi persekolah bermula.  Perasaan anak-anak?  Nampak seperti gembira, mungkin diluaran sahaja dan tidak menampakkan dalamannya.  Masing-masing ada perasaan dan kebimbangan tersendiri.  Tiada siapa yang dapat menggambarkan dengan terang dan jelas.

Tidak mengapa.  Layankan sahaja perasaan masing-masing.  Kerana kehidupan mesti diteruskan dalam apa jua keadaan dan situasi.  Yang penting kita patuhi tatacara operasi standard (standard operating procedure - SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Hendak dijadikan cerita, topeng muka untuk anak sekolah menengah telah dibelikan terlebih dahulu.  Ada topeng muka pakai buang dan juga topeng muka kain.  Terlupa pula anak-anak yang bersekolah rendah belum disediakan lagi. Saiz topeng muka untuk anak-anak bersekolah rendah tidak sama dengan topeng muka orang dewasa, malahan tidak banyak pilihan pula.  Maka ibu pun dengan gigihnya menguatkan semangat untuk menjahit sendiri topeng muka untuk anak-anak sekolah rendah.  


Topeng muka kain
Topeng muka kain buat sendiri

Alhamdulillah, berjaya juga menyiapkan 4 set topeng muka jahit sendiri.  Ada 2 jenis, sangkut di telinga untuk anak lelaki dan tali keliling untuk anak perempuan kerana memakai tudung.  

Telah dipesan kepada anak-anak cara memakai dan setiap kali pulang sekolah mesti basuh.  Pesan juga cara membuka dan menyimpan.  Disediakan juga topeng tambahan berserta beg plastik untuk menyimpan topeng sekiranya topeng yang dipakai ini kotor.

Banyak juga SOP yang mesti dipatuhi.  Semoga anak-anak dapat hadam dengan norma baharu ini.

#kitajagakita

Selamat sudah Topeng muka kain buat sendiri.

Bermulanya pada hari Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bermulanya pada hari Isnin




Bismillah
Semoga Allah membimbing setiap langkah
sehingga apapun yang aku lakukan menjadi berkah
dan apapun yang aku usahakan berbuah indah.


Kerana sebahagian daripada kita bekerja dengan rasminya Bermulanya pada hari Isnin.


24 Julai 2020

Giveaway..Mylife...Alhamdulillah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 





Giveaway..Mylife...Alhamdulillah


Penyertaan saat akhir, sebab baru tau.... masih ada masa berbaki beberapa jam lagi.
Terima kasih kepada rakan blogger Hadiah Bintang Jatuh  
yang telah memperkenalkan giveaway ini.

Dengan gemibiranya akak pun terjebak juga untuk join giveaway ini.
Sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger Jari Boloq
Jom selusuri apa yang ada sebalik Giveaway..Mylife...Alhamdulillah


Giveaway..Mylife...Alhamdulillah


Tak sabar juga tunggu keputusan giveaway, katanya nak umum malam ni.  Ada rezeki ada lah yer.

Apa-apa pun akak gembira join giveaway ini kerana dapat kenal ramai lagi blogger baru.

Terima kasih kerana kongsi masa untuk Giveaway..Mylife...Alhamdulillah.

.

Carian