Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Topeng muka DIY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Topeng muka DIY. Papar semua catatan

27 Julai 2020

Topeng muka kain buat sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Topeng muka kain buat sendiri



Minggu lepas, 22 Julai 2020 hari Rabu bermulanya sesi persekolahan bagi sekolah rendah untuk pelajar darjah 1, 2, 3 dan 4.  Seminggu sebelumnya bermula sesi sekolah untuk pelajar sekolah menengah.  Amat terasa sungguh sesi yang agak kelam kabut, manakan tidak hampir 3 bulan anak-anal berehat panjang di rumah.  Yang anehnya, ibu pula yang terasa gusar dan gelisah bila sesi persekolah bermula.  Perasaan anak-anak?  Nampak seperti gembira, mungkin diluaran sahaja dan tidak menampakkan dalamannya.  Masing-masing ada perasaan dan kebimbangan tersendiri.  Tiada siapa yang dapat menggambarkan dengan terang dan jelas.

Tidak mengapa.  Layankan sahaja perasaan masing-masing.  Kerana kehidupan mesti diteruskan dalam apa jua keadaan dan situasi.  Yang penting kita patuhi tatacara operasi standard (standard operating procedure - SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Hendak dijadikan cerita, topeng muka untuk anak sekolah menengah telah dibelikan terlebih dahulu.  Ada topeng muka pakai buang dan juga topeng muka kain.  Terlupa pula anak-anak yang bersekolah rendah belum disediakan lagi. Saiz topeng muka untuk anak-anak bersekolah rendah tidak sama dengan topeng muka orang dewasa, malahan tidak banyak pilihan pula.  Maka ibu pun dengan gigihnya menguatkan semangat untuk menjahit sendiri topeng muka untuk anak-anak sekolah rendah.  


Topeng muka kain
Topeng muka kain buat sendiri

Alhamdulillah, berjaya juga menyiapkan 4 set topeng muka jahit sendiri.  Ada 2 jenis, sangkut di telinga untuk anak lelaki dan tali keliling untuk anak perempuan kerana memakai tudung.  

Telah dipesan kepada anak-anak cara memakai dan setiap kali pulang sekolah mesti basuh.  Pesan juga cara membuka dan menyimpan.  Disediakan juga topeng tambahan berserta beg plastik untuk menyimpan topeng sekiranya topeng yang dipakai ini kotor.

Banyak juga SOP yang mesti dipatuhi.  Semoga anak-anak dapat hadam dengan norma baharu ini.

#kitajagakita

Selamat sudah Topeng muka kain buat sendiri.