Pengikut Setia

24 Julai 2020

Saat sukar menghadapi ujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Saat sukar menghadapi ujian


Saat sukar menghadapi ujian.. lafazkanlah..

“Robbish rohli sodri wayasirli amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli..” 
ertinya, "Ya Robbi, lapangkanlah dadaku, mudahkan urusanku ya Rabb, dan lepaskanlah kekakuan dalam lidahku.."

Semoga Allah permudahkan urusan kita, didunia dan diakhirat.


Allah ciptakan kita ni sebenarnya untuk hidup tenang-tenang buat ibadah,
bawa bekal ke alam akhirat tau.
Tapi sebaliknya jadi pada ramai dari kita sekarang.
Lebih fokus kepada mencari dunia dan dapat penat.

Hidup dengan ikut aturan Allah, kita live effortlessly.

Kalau nak di analogikan, bayangkan sungai yang mengalir dari atas ke bawah.

Kalau kita nak turun ikut arus dari atas ke bawah, 
sangat mudah alirannya kan. Licin je senang sangat.

Tapi kalau kita ni nak naik dari bawah sungai ke atas,
struggle payah kan nak naik?

Begitulah, kalau kita nak hidup ikut arus (jalan Allah),
hidup ini sangat mudah sebenarnya.

Yang menjadikan susah bila kita lawan arus tu dengan langgar perintah Allah 
dan ambil lewa suruhanNya.

Hidup kita ini bila kita melawan arus,
dengan kata mudahnya kita melanggar sunnatullah.
Semuanya akan jadi seumpama debu-debu berterbangan.
.
.
Demi Allah, tiada seorang pun yang berbaik sangka kepada Allah,
melainkan pasti akan memberikan kepadanya apa yang ia sangkakan.

Sebab, semua kebaikan itu ada dalam genggaman Allah.

Apabila Allah sudah memberi husnudzonNya,
bererti Allah akan memberi apa yang disangkakannya itu.
-Abdullah bin Mas'd


Semoga bermanfaat.  Sama-sama muhasabah diri, Saat sukar menghadapi ujian.


23 Julai 2020

Tengok orang dan tengok diri sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tengok orang dan tengok diri sendiri





Jangan hitung orang berapa kali
menyakiti dan meninggalkan kamu,
tetapi hitunglah
berapa kali kamu menyakiti Allah
dan Dia tidak pernah
meninggalkan kami
-Petani Dakwah-


Kita suka tengok orang,
namun susahnya kita tengok diri kita sendiri.
Bayanglah jika Allah dah tak mahu tengok wajah kita,
tak mahu lagi pedulikan doa kita
dan tak kisah lagi kita nak jadi apa.

Bayanglah.
Mulai hari ini mari perhati diri kita sendiri.
Mari, Bismillah.


Muhasabah diri sendiri... Tengok orang dan tengok diri sendiri

💚💚

22 Julai 2020

Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.


Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya



Kita sering kali membandingkan ujian yang kita terima dengan ujian orang lain, sehingga kita terlupa hikmah ujian.


Sekarang sama-sama kita cari di mana yang terkait dengan diri kita  berdasarkan petikan dibawah

🌹Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

🌹Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

🌹Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

🌹Orang yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain. 

🌹Orang yang  kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

🌹Orang yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

🌹Orang yang merasa hidupnya susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

🌹Orang yang senang pula Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

🌹Orang yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

🌹Orang yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
🌹Orang yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

🌹Orang yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

🌹Orang yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi. 


Maka, tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah.


Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat. 

Sentiasa ingat dan insaf bahawa:

🌹Setiap pilihan yang kita ambil adalah ujian.

🌹Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian.

🌹Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian.

🌹Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian.

🌹Setiap pujian juga adalah ujian.

🌹Setiap kejian juga adalah ujian.


Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.  Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Semoga bermanfaat.  Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya

Carian