Pengikut Setia

22 Julai 2020

7 tips kurangkan sikap bertangguh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




7 tips kurangkan sikap bertangguh




Kenapa kita suka bertangguh satu-satu kerja? Sebabnya, Matlamat kita tak jelas!

Untuk mengatasi sikap bertangguh, kita perlu lakukan sesuatu supaya sikat itu tidak mengganggu masa depan kita.  Memang sukar untuk tukar sikap kita, tetapi kita perlu berusaha untuk mengubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Mari kita sama-sama hati tips untuk mengatasi sikap bertangguh.  Tak dapat buat semua jangan tinggal semua.  Sekurang-kurangnya ada sesuatu dari tips berikut yang mampu kita lakukan.


1) Pilih apa yang kita nak dalam kehidupan.   Contoh : Buatlah sasaran yang jelas seperti apa yang kita nak capai dalam tempoh 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan seterusnya.


2) Tulis atas kertas! Jangan biarkan dalam otak.  Bila ditulis, kita akan baca dan nampak setiap masa.  Sebaiknya tulis dengan terang dan tampal di lokasi yang senang kita nampak.


3) Tetapkan tarikh untuk capai matlamat.  Tarikh biar terang,


4) Senaraikan tindakan-tindakan untuk capai matlamat yang ingin kita capai.


5) Susun tindakan itu mengikut keutamaan.


6) Buat tindakan serta merta!


7) Jangan buat benda lain selain dari apa yang kita nak buat


Sebab, ini adalah salah satu tindakan yang akan bantu kita untuk capai apa yang kita nak.  Bila sudah buat semua senarai ini jangan hilangkan, baca dan tengok setiap hari, lagi bagus tampal dekat dinding pintu bilik kita, bila keluar kita nampak barulah kita sentiasa ingat dan akan masuk dalam minda bawah sedar kita.


Semoga bermanfaat ! 😍  7 TIPS KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH 

21 Julai 2020

Jom tukar link blog


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Jom tukar link blog





Marilah kita meriahkan blog rakan baru.
Klik banner di atas untuk turut serta.


Terima kasih.  Jom tukar link blog.


Akhirnya Kempen CPC Nuffnang Kembali Aktif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Akhirnya Kempen CPC Nuffnang Kembali Aktif


Kempen CPC (Cost-per-click) adalah faedah yang dapat dinikmati oleh setiap nuffnanger.  Sama ada blog tentang teknologi atau tentang makanan, iklan CPC akan aktif selagi ada pembaca klik pada iklan berkenaan.


Syukur.  Gembira dan terharu, setelah sekian lama meninggalkan blog dan kembali semula dengan wajah baru serta nama baru hampir sebulan lepas, kini iklan nuffnang bersinar semula.  Mungkin kerana lama sangat menyepi... iklan nuffnang pun lambat timbul.  Kini kembali semula setelah blog ini semakin aktif menghasilkan karya.  Yang penting ada pembaca dan dapat faedah dari setiap entri.



Terima kasih kepada nuffnang atas CPC Campaign yang wujudkan di sini.  Disebabkan nama blog telah bertukar maka saya harus buat akaun baru.  Walaupun begitu hasilnya agak memuaskan.

LHDN


Terima kasih juga kepada rakan blogger atas bantuan dan teguran serta semua yang sudi singgah, walaupun sekadar lalu... tetapi turut menyumbang kepada trafik.


Akhirnya Kempen CPC Nuffnang Kembali Aktif.

Carian