Pengikut Setia

08 Julai 2020

Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa


Hampir sahaja kehilangan arah, Alhamdulillah dikurniakan kekuatan untuk melakarkan sesuatu di blog ini setelah beberapa tersepi tanpa sengaja.  Kekuatan ini datang setelah adanya masa senggang yang secebis untuk berkongsi rasa dengan pembaca blog ini.

Kehidupan yang penuh ranjau ini, kita tidak terkecuali berdepan dengan halangan serta masalah yang kadangkala boleh melemahkan keyakinan dan kesungguhan. Kita rasa hilang punca, kita rasa kosong serta pedoman hidup lebih-lebih lagi bila saat kehilangan pekerjaan.


Ucapan ketika sedih
Ucapan ketika sedih


Sering kali juga kita dinasihatkan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti berdepan dengan bos, proses temu duga atau apa sahaja yang berkaitan dengan pekerjaan, moleklah kiranya kita memohon doa agar dipermudahkan segala urusan yang dikehendaki. 

Kita digalakkan meminta apa sahaja kepada Allah dengan bahasa yang mudah. Walaubagaimanapun kita perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat.


Serangkai Doa Nabi Musa Untuk Kebaikan Pekerjaan Dan Jodoh

"Rabbi, inni lima anzalta ilayya min khairin faqir."

Ertinya:
“Ya Tuhanku, sungguh aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Doa ini sangat ringkas tetapi padat dan mendalam maknanya.
Amalkanlah membaca doa ini sebanyak mungkin.
Yang menarik lagi, doa ini tidak tertumpu kepada rezeki semata-mata, 
ia juga untuk individu dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.


Mari kita sama-sama amalkan Doa Nabi Musa ini.. Surah Al-Qisas (Ayat 24), 
walau pendek namun memiliki manfaat yang sangat besar. 
Sesungguhnya Allah adalah tempat kita semua bergantung. 


Mengapa perlu meminta-minta kepada manusia 
sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai tempat mengadu. 
Berdoalah dengan penuh perhatian, tawakal dan yakin kepada Allah.


Selamat Beramal!


Dan satu lagi dengarlah berkali-kali wahai sahabat..

Pasti hati yang selama ini keras akan mengalir air Mata 
akhirnya bilamana ia sedar siapa diri yang sebenar...

Itulah diri kita yang penuh kefakiran..
TIADA APA-APA.


Terima kasih krana sudi membaca entri Halangan dan masalah diatasi dengan berdoa.

💝

05 Julai 2020

5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki


Tanpa disedari amalan kita turut mempengaruhi kelancaran rezeki.   Terutamanya berkaitan dengan akhlak kita. Agak sukar untuk kita perhatikan dengan mata kasar kerana amalan yang kita lakukan itu dengan sendiri mempengaruhi rezeki tanpa kita sedar.  Apa yang kita beri itu yang kita dapat. 


5 AMALAN AKHLAK UNTUK KELANCARAN REZEKI
5 AMALAN AKHLAK UNTUK KELANCARAN REZEKI


Berikut adalah perkongsian menarik yang dipetik dari facebook Projek Bahtera.


5 kebiasaan sederhana.Namun jika dilakukan secara konsisten. Ini akan melancarkan rezeki sehari-hari.

1.  Berikanlah makan kepada makhluk Allah. Entah itu manusia atau binatang. Entah banyak atau sedikit.

Seperti jamu makan tengahari selepas solat Jumaat seperti yang dipraktikkan secara rutin LibatSama & LibatRasa dengan Projek Bahtera.

2.  Jika kalian suami, buat isteri tersenyum meski sekali di hari itu. Jika engkau isteri, minta redha suamimu di pagi hari dan sebelum tidur setiap hari secara konsisten.


3.  Ringankan 1 urusan orang lain.  Meski itu hanya sekadar, mengambilkan barang orang lain yang terjatuh.


4.  Solatlah di awal waktu. Dan lengkapi dengan sunat sebelum/sesudahnya.

5.  Jangan bermuka masam tatkala di hadapan orang lain.


Jom kita suburkan harta dengan sedekah. Dengan bersedekah kita tidak akan menjadi miskin malah rezeki akan dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.

Surah 2 ayat 261, Allah JAMIN ROI (Return Of Investment) atau keuntungan sebanyak 700 kali ganda (70,000%)

Tiada lembaga kewangan di dunia ini yang mampu memberi jaminan keuntungan atau ROI hingga 70,000%, kecuali Lembaga Kewangan Yang Maha Kaya. Ini namanya ILMU PELABURAN LANGIT.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Jom belajar lebih mendalam lagi tentang Rahsia Magnet Rezeki dalam kehidupan ke Channel Telegram ini!  https://t.me/RahsiaAmalan100Hari

#shareuntukbaikihati


Terima kasih kerana membaca 5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki.


04 Julai 2020

Menang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Menang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana


Melalui penyertaan dalam Segmen 24 Jam Bloglist #37 di Blog Mialiana.com di SINI, blog salatulzarida telah tersenarai sebagai peserta pertama.  Buat pertama kami rasanya, blog ini tersenarai sebagai peserta pertama untuk segmen 24 jam bloglist Mialiana.



Menang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana

Pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana


Alhamdulillah, blog salatulzarida telah terpilih sebagai salah satu daripada 10 blog.  Senarai pemenang diumumkan di SINI.  Untuk itu, blog ini akan berada dalam bloglist mialiana.com sepanjang bulan Julai, Ogos dan September 2020.  Satu penghargaan dan permulaan yang baik bagi blog salatulzarida setelah sekian lama menyepi dari alam blog.

Terima kepada rakan blogger Mialiana.com atas penganjuran segmen 24 jam Bloglist.  Tahniah juga kepada semua rakan blogger yang menyertai terutama kepada yang turut terpilih sebagai pemenang.


Terima kasih kepada semua yang membaca entri ini, Menang Segmen 24 Jam Bloglist #37 Blog Mialiana.

Carian