Pengikut Setia

22 Oktober 2017

Nikmat besar yang sering kali dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Nikmat besar yang sering kali dilupakan






Alhamdulillah.

Nikmat besar yang sering diupakan.
Mari awali hari dengan syukur ^_^

Selamat berhujung minggu 😆

@quotephotovideo 😊💛😊
posted from Bloggeroid

20 Oktober 2017

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY



Meraikan kawan-kawan di alam maya yang tidak pernah berjumpa mahupun dikenali terdahulunya. Itulah istimewanya dunia blogging.  Kita mampu mengenali secara maya sesiapa saja.  Terpulang kepada kebijaksanaan kita dalam memilih rakan untuk diikuti asalkan yang tidak memesongkan akidah kita.  STOP!

Tak maulah celoteh panjang pula...suka pula kita nak maklumkan 1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY dianjurkan sempena meraikan balik blog ana yang dah lama tak buka ni, ana nak buat satu simple giveaway untuk semua followers ana. Kepada semua yang nak join tu boleh cepat-cepat repost entry ini ye.


Syarat penyertaan:

1. Follow blog ana ANALIFESTYLES

2. Like facebook page ana CUCKOO-PAGE

3. Follow instagram ana  RAIHANARAMLAN

4. Repost entry ini 



Hadiah

1. Beg makeup X3

2. Buku Nota yang comel X2

3. HADIAH SPECIAL!!!  * Untuk peserta awal & akhir


Good luck untuk yang nak join, simple je giveaway ni, tapi join kalau berminat ye :)


Jom ramai-ramai kita meriahkan semula blog ana dengan menyertai  1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF


Pertama kali berhadapan dengan situasi agak mengejutkan.  Walaupun seringkali diterapkan agar sentiasa positif tetapi naluri ini sukar digambarkan... Istighfar seketika, tarik nafas dan ambil masa untuk fikir sejenak tindakan seterusnya.

Dalam membentu minda positif ke atas sesuatu situasi seringkali kita akan berhadapan dengan satu tindakan dan keputusan yang tegas dan berani.  Berani kerana benar dan tegas tanpa perlu meninggi suara.  Kerana situasi setiap manusia ketika berada dalam kesempitan ini agak berbeza.  Bahkan cara pemikiran dan penerimaan ke atas penerangan kita juga berbeza.

Apapun yang kita harungi semalam adalah laluan mematangkan kita dalam bertindak untuk hari ini dan hari esok.  In shaa Allah dimudahkan urusan kita demi kebaikan semua pihak.


Akaroa, New Zealand .
The radiance of the sunset.
Credits : @expectional_pictures @PhotoliciousWorld


Berikut adalah petikan yang dipinjam dari Master Adi Nurrafie Bin Sapieh, Founder & Master Trainer @ Alpha Genius Centre.

Minda positif adalah minda syukur. 

Bersyukur adalah tanda pemiliknya positif.  Cara mahu bersyukur?

1. Fokus pada apa yang kita miliki.

2. Elakkan dari bandingkan diri dengan orang lain. Hidup dalam lorong dan laluan masing-masing.

Usah mengejar dari belakang. Bersaing dari tepi. Ikut trek sendiri.

3. Senaraikan 5 perkara baik yang kita punya. Atau 5 perkara baik yang berlaku semalam atau pagi ini.

4. Tarik nafas dalam-dalam. Ucapkan terima kasih. Ucapkan Alhamdulillah.

5. Cipta perkara perkara baik. Beri kebaikan. Kebaikan akan kembali pada kita.


Saya masih belajar dan terus belajar untuk mengekalkan minda positif dalam diri.  Semoga petikan ini bermanfaat buat semua.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF


Carian