Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Lama tidak menulis kerana merajuk?
Sejak kebelakan ini, minat menulis tidak berapa nak hadir. Hadir separuh jalan lalu berhenti. Tengok blog pun seperti kosong. Lama tidak menulis bukan kerana merajuk tetapi kerana mood nak menulis tidak berapa nak datang... Idea ada tetapi tidak dapat masa yang sesuai untuk dikembangkan. kadang-kadang idea itu terbantut kerana masa tidak mengizinkan. Ini agaknya yang dikatakan bukan blogger sejati.
|
Koleksi peribadi |
Suatu ketika dulu, ketika blog ini mula-mula diwujudkan... banyak sangat idea. Pantang ada isu... terus saja buka blog dan tulis. Ada saja yang dijadikan bahan tulisan.
Sekarang tak berkesempatan berbuat demikian. Tetapi sedang mencuba kembali mengasah bakat itu supaya tidak terus pudar di telan usia.
Terima kasih kepada awak semua yang sudi berkunjung ke blog ini, meninggalkan jejak dan membaca entri ini
Lama tidak menulis kerana merajuk?
💝