Pengikut Setia

26 Julai 2016

Dekatkan diri dengan Penciptamu

Dekatkan diri dengan Penciptamu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dekatkan diri dengan Penciptamu kerana Dia lebih tahu apa yang ada di dalam hati.  Hatta apa yang terdetik dalam kotak fikiran.  Kita ini adalah hambaNya yang serba lemah yang penuh dengan kecelaruan.  Kecelaruan yang seringkali membuatkan kita alpa dan leka.  Sehinggakan kita melupakan tujuan asal kita diwujudkan didunia ini.  Justeru membuat kebaikan juga salah satu daripada jalan untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita yang Maha Agung.  Selain daripada membaca, mendengar dan memahami isi Al-Quran.




Mendekatlah kepada Allah semampumu (dengan memperbanyak amal shalih). Ketahuilah, sesungguhnya Anda tidak akan menemukan suatu amalan yang dapat mendekatkan Anda kepada Allah yang lebih dicintai-Nya daripada (membaca, mendengarkan dan mentadabburi) firman-firman-Nya.  (Khabbab bin al-Arat)


Akhir kalam, terima kasih sudi baca entri ini Dekatkan diri dengan Penciptamu.

25 Julai 2016

Mengalah bukan kalah

Mengalah bukan kalah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mengalah bukan kalah tetapi kerana memberi peluang kepada diri untuk menilai di mana silapnya. Apakah kesilapan ini kecil atau besar impaknya.  Bagaimana kita hendak menjatuhkan kesalahan dan kesilapan itu kepada orang lain sedangkan kita sendiri tidak pasti dengan keadaannya yang sebenar pada ketika itu.  Biarpun kita tahu dia memang suka mencari penyakit....




Mengalah kerana memberi peluang untuk diri mencari keamanan.

Kecelaruan yang menimpa ini kadang-kadang perlu juga diamankan dengan cara mengalah.

Biarpun perit untuk menelannya tetapi itulah yang harus dilakukan.  Agar diri ini bisa berdiri sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Betapalah ego kita kadang-kadang kuat menguasai diri sehingga tidak mampu mengalah dan sentiasa membayangkan bahawa kita saja yang betul.

Kejadian hari ini berkait rapat dengan kejadian beberapa hari lepas. Bagaimana hendak digambarkan?

Tetapi peristiwa ini mengajar diri untuk mengalah dan membiarkan ia berlalu dengan sendirinya. Tidak perlu diberi kawalan kerana minda kita ini amat terhad.  Kuasa kita juga terhad.

Selagi boleh belajar, belajarlah untuk menerima seadanya apa yang berlaku.

Jadikan pengajaran dan pedoman di masa hadapan.


Terima kasih sudi membaca entri ini Mengalah bukan kalah.

22 Julai 2016

Satu Pejabat Bau Sate

Satu Pejabat Bau Sate



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu Pejabat Bau Sate tetapi mana rupa sate tidak kelihatan.  Pagi tadi, semasa thumb-print perasan juga kat luar tu macam ada majlis.  Tapi YB tidak kisah sangat.  Nak cepat masuk ofis, sebab dah lambat.  Masuk saja ke pejabat am, hidung ini sudah menangkap bau semacam bau ayam percik pun ada juga.  Kawan-kawan dalam ofis masing-masing dengan urusan sendiri. Dibiarkan saja mereka dengan bau seakan ayam percik.

Masuk bilik sendiri, ingatkan kot adalah sepiring ayam percik kot. Siapalah yang rajin betul pagi-pagi lagi sudah menyiapkan ayam bbq.  Bisik dalam hati.  Tetapi, bila difikirkan dengan logik akal ada ke orang buat bbq pagi-pagi nie.  Mana ada! Petang atau malam adalah.  Hehehe... saja jer nak buat kempunan kat diri sendiri.



YB ni, gambar bbq atau sate pun tiada dalam koleksi.  Jadi YB letak gambar potong kek marble dan kek batik.  Kek di atas diterima ketika tiada di ofis juga.  Ada kawan-kawan buat perjumpaan dan potluck.  YB tak dapat join kerana ada mesyuarat penting.  Memang tiada kaitan antara gambar di atas dengan tajuk entri ini.

Dipendekkan cerita hari ini, untuk menghilangkan bau sate yang semerbak mengharum dalam bilik maka terpaksalah YB buka tingkap.  Mungkin sampai petang juga lah... Tetapi tak mengapa bukan bau busuk pun cuma bau sate ini menambah lagi rasa lapar.

Korang pun suka juga makan sate kan?

Terima kasih sudi baca entri ini Satu pejabat bau sate.

Carian