Pengikut Setia

24 Jun 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 




Terima kasih atas sokongan semua ^__^


Terima kasih sudi baca entri Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017

Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017 adalah anjuran bersama Persatuan Pelancongan Negeri Perak dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak serta Tourism Perak Management Berhad.  Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017 seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Perak. 

Menariknya mengenai pertandingan ini adalah ianya dibuka kepada semua warga negara Malaysia, program ini secara tidak langsung cuba membawa perkembangan produk cenderamata negeri Perak ke arah reka bentuk kontemporari.  Melalui pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam menghasilkan produk seumpama serta membina personaliti usahawan dalam industri pelancongan.

Reka bentuk produk yang dipertandingkan akan menampakkan imej pelancongan negeri Perak serta dihasilkan dengan menggunakan kos yang rendah.  Melalui aspek imej pelancongan dan kos pembuatan yang rendah adalah secara tidak langsung akan mewujudkan daya saing yang sihat terhadap para peserta untuk menghasilkan produk cenderamata menerusi idea dan kreativiti masing-masing.




Format Pertandingan

Format pertandingan ini mempunyai tiga peringkat iaitu:

a)  Peringkat Saringan

Keperluan: 2 (Dua) Lukisan Reka Bentuk Produk bersaiz A3 dan Keterangan Produk;

Pada peringkat ini, semua peserta akan menghantar borang bersama lukisan rekaan produk terkini serta asli dan mempunyai keterangan produk. Lukisan yang dihantar adalah berbentuk teknikal iaitu dinyatakan ukuran produk dan berwarna. Lukisan berkenaan adalah yang asli dan tidak meniru mana-mana produk yang terdapat dipasaran. Keterangan produk perlu dinyatakan aspek-aspek berikut dengan jelas iaitu;

i) Sumber Idea
ii) Keaslian
iii) Proses (pembuatan, bahan, warna, fungsi dan ketahanan)
iv) Potensi Komersil (sasaran pasaran dan cadangan harga)

Penyertaan produk peserta boleh dibatalkan jika tidak menyerahkan keterangan produk ini bersama dua (2) lukisan rekaan produk.


b) Peringkat Penerimaan Prototaip

Dua puluh lima (25) produk terbaik lima (5) setiap kategori) yang dipilih akan dihubungi dan diminta menghantar satu unit atau set prototaip produk dan persembahan video untuk dinilai oleh pihak juri.

Persembahan video yang perlu dibuat oleh peserta terpilih ini adalah dirakam selama 5 minit sahaja (maksimum) yang akan memberikan perincian tentang produk berkenaan seperti idea, fungsi, proses, aspek komersil atau lain-lain lagi yang boleh memberikan nilai tambah kepada produk yang terpilih. Juri yang dipilih berdasarkan kepakaran tertentu akan memberikan komen terhadap prototaip produk tersebut. Segala komen pihak juri ini akan diserahkan kepada peserta semula (25 peserta terpilih) untuk tindakan penambahbaikan produk sebagai persedian mereka ke peringkat akhir pertandingan.

Jika ada peserta yang terpilih tidak dapat menyerahkan prototaip dan video rakaman seperti yang diperlukan, secara tidak langsung penyertaannya terbatal dan pihak penganjur berhak memilih produk lain untuk ke peringkat akhir (jika ada dan dapat dikenalpasti).


c) Peringkat Pameran (Akhir)


Pada hari pameran ini, kesemua dua puluh lima (25) peserta akhir akan membawa produk-produk prototaip yang telah dilakukan penambahbaikan dan dipamerkan pada booth yang disediakan. Para juri akan memberikan markah akhir kepada 25 peserta akhir ini berdasarkan persembahan akhir mereka. Majlis penyampaian hadiah juga akan diadakan pada hari tersebut. Peserta boleh menyediakan maklumat tambahan seperti portfolio produk atau persembahan slide (melalui komputer riba yang dibawa oleh peserta sendiri dan slide/video projector serta computer riba tidak disediakan oleh pihak penganjur) sebagai maklumat bantuan atau tambahan di dalam persembahan akhir nanti kepada juri.

Jika peserta gagal mempamerkan produk akhir seperti yang diminta, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pertandingan produk berkenaan dan automatik peserta berkenaan gagal memenangi sebarang hadiah (termasuk saguhati). Peserta juga akan dibatalkan penyertaan jika mempamerkan reka bentuk lain daripada lakaran atau prototaip/model yang dihantar terdahulu.

Jika pihak penganjur mendapati produk yang dipertandingkan pernah dipasarkan atau pernah dihasilkan oleh pihak atau dipasarkan sebelum pertandingan akhir ini, secara automatiknya penyertaan peserta berkenaan akan terbatal dan tidak boleh menuntut apa-apa hadiah daripada pihak penganjur.


Kategori Pertandingan


Rekaan produk cenderamata adalah bebas dan perlu mempunyai ciri-ciri reka bentuk kontemporari, bertemakan pelancongan Tahun Melawat Perak 2017 atau seumpamanya. Reka bentuk produk mestilah asli dan mempunyai ketahanan. Setiap produk yang direka mestilah mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:

i) Kategori 1: Kayu

ii) Kategori 2: Seramik / Polimer

iii) Kategori 3: Fabrik

iv) Kategori 4: Plastik / Getah

v) Kategori 5: Bahantara Bebas (alam semulajadi, logam, bahan kitar semula dan lain-lain)

Para peserta perlu menyatakan bahan yang digunakan dengan jelas di dalam keterangan produk dan di dalam lukisan persembahan. Markah tambahan akan diberikan kepada mereka yang menggunakan bahan kos yang rendah (seperti bahan kitar semula/semulajadi/terbuang dll) serta dapat memberikan potensi harga jualan yang menarik. Setiap produk mestilah disertakan bersama maklumat tentang imej pelancongan yang digunakan sebagai satu maklumat pengetahuan kepada juri samada pada pembungkusan, lampiran kad atau label pada produk berkenaan. Jika rekaan produk berkenaan mempunyai persamaan atau meniru produk yang telah dikeluarkan dipasaran atau pernah dihasilkan oleh mana-mana pihak, secara automatiknya pihak penganjur berhak menyingkirkan peserta berkenaan daripada menyertai pertandingan ini. Kesemua rekaan yang dihantar akan menjadi hak milik bersama pihak Tourism Perak Management Berhad dan Persatuan Pelancongan Negeri Perak.


Hadiah dan Anugerah


Hadiah yang ditawarkan adalah berjumlah RM30,000.00. Setiap kategori di atas akan mempunyai pemenang hadiah utama, pilihan juri dan saguhati iaitu bernilai:


a) Hadiah Pertama: RM 3,000.00 + Sijil

b) Dua (2) Hadiah Pilihan Juri: RM 1,000.00 + Sijil (setiap satu)

c) Dua (2) Hadiah Saguhati: RM 500.00 + Sijil (setiap satu)


Penjurian


Ketua Juri akan dilantik dari UiTM manakala panel juri yang lain dilantik dari industri dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Perak).

Tarikh Penting Program


a) Tarikh Mula Pertandingan 25 April 2016 (Isnin)

b) Tarikh Tutup Penyertaan 17 Jun 2016 (Jumaat)

c) Tarikh Penjurian Peringkat Saringan (Pertama) 23 Jun 2016 (Khamis)

d) Tarikh Peringkat Penerimaan Prototaip 26 Ogos 2016 (Khamis)

e) Tarikh Peringkat Akhir 24 September 2016 (Sabtu)


Para perserta akhir termasuk ahli (seramai 3 orang) akan diberikan penginapan untuk hadir pada Peringkat Akhir nanti.

Layari laman blog rasmi pertandingan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut serta borang pertandingan

Moh ramai-ramai sertai pertandingan ini.  

21 Jun 2016

Antara manfaat pandangan dan perkataan

Antara manfaat pandangan dan perkataan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara manfaat pandangan dan perkataan adalah untuk berbakti kepada pemiliknya.  Pemilik yang mempunyai mata dan juga lidah.  Mata untuk memandang dan lidah pula untuk berkata-kata.  Tetapi, pemilik hakiki kepada mata dan lidah itu adalah Allah.  Pancaindera itu hanya dipinjamkan sahaja kepada kita selagi hayat dikandung badan.


Hidup ini bagai lampu dinding.  Gambar hiasan



Tinggalkanlah pandangan-pandangan mata yang tidak bermanfaat, niscaya Allah akan memberikan kekhusyu'an ke dalam hatimu! Dan tinggalkanlah perkataan-perkataan yang tidak bermanfaat, niscaya Allah akan memberikan mutiara hikmah kepada Anda.  (Ibnul Mubarak)


Terima kasih sudi baca entri Antara manfaat pandangan dan perkataan.  Semoga ada manfaat buat kita semua.

Carian