Pengikut Setia

29 Mac 2016

Mudah saja hendak menulis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mudah saja hendak menulis



Mudah saja hendak menulis, apatah lagi tulis tajuk yang nampak macam berat sebelah.  Itulah antara hakikat yang akan kita dengar walaupun orang tidak bercakap terus kepada kita tentang apa yang kita tulis.  Kadang-kadang itu semua mainan perasaan kita kerana kita sering mendengar orang bercakap benda yang sama atas tulisan orang lain.  Bila kita menulis sendiri kita akan jangka orang lain juga akan mengata begitu.

Itulah hakikat kehidupan.  Kita lazimnya mendengar apa yang orang lain cerita mengenai orang lain. Jarang sangat kita mendengar orang lain bercerita terus kepada kita mengenai apa yang kita tulis atau kita buat.  Secara lazimnya kita mendengar dari orang lain bukan terus dari orang hendak mengata kita.

gambar hiasan

Kita kadang-kadang menjadi pemerhati untuk apa yang orang lain kata mengenai kita.  Kita tidak mampu menjawab balik apa yang kita dengar kerana kita tidak tahu dari mana puncanya.  Hatta untuk mengucapkan terima kasih juga tidak mampu kita ungkapkan.

Kepada siapa ungkapan terima kasih itu harus dilontarkan?  Sedangkan kita tidak pasti apakah benar dia yang ungkapkan.  Atau beranikah kita untuk bersemuka dengan orang itu untuk mendapatkan penjelasan.

Jelas kita sebenarnya lemah... suara kita tidak terungkap lantaran itu siapa yang mendengarnya. Hanya kita.


gambar hiasan

Melihat kepada alam ini betapalah indahnya ciptaan Tuhan.  Betapalah kita ini hanya berupaya mengubahnya dengan kudrat dan idea yang dilimpahkan kepada kita olehNya.


Antara marah dan kasihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara marah dan kasihan


Kemarahan pada ahli maksiat hanya terjadi ketika pandangan anda tertuju ke arah mereka. Namun ketika anda berfikir tentang hukuman akhirat yang akan mereka terima, maka rasa kasihan akan menyergap hati Anda.  (Abu Sufyan ad-Darani)



28 Mac 2016

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016


Sudah agak lama YB tidak menulis panjang dalam entri segmen atau giveaway.  Kali ini rasanya seperti hendak menulis panjang lebar, tengok pula idea datang atau tidak masa menulis.  Jangan-jangan nanti tulis panjang lebar tiada pula orang yang membacanya.  

Tidak mengapalah.  Tulisan ini sekadar pengenalan untuk entri penyertaan bagi PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016.  Sebagai sokongan kepada rakan blogger yang merupakan seorang peminat kucing.

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016
PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai segmen ini sila klik pada banner kucing yang comel di atas.

Sebagai maklumat tambahan YB sekadar ingin berkongsi dengan pembaca semua, penganjur akan memilih 15 blog untuk ditempatkan di blogslistnya.   Siapa yang bernasib baik itu kita tidak tahu kan. Dan pastinya sebagai peserta YB juga mengharapkan blog yang baik akan terpilih antara 15 blog yang bertuah.

Selamat bersegmen kepada semua.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger Tengkubutang.

Segmen tamat pada 15 April 2016.


Terima kasih atas sokongan anda untuk entri Pencarian Bloglist Blog Tengkubutang.com 2016.

Carian