4 CPUV Pertama 2016
Rezeki dan tuah blogger. Ye lah bila dah mula berblogging, idea datang sendiri untuk memulakan cerita. Walaupun ada masa yang tertentu kita rasa terhimpit sangat sebab tidak berupaya update blog dek kekangan masa dan juga tugasan hakiki yang lain. Namun sebagai blogger adalah tidak wajar kita membiarkan blog itu kekeringan dan bersawang. Ehh... kenyataan ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri memandangn YangBaik juga sejak kebelakangan ini tidak mampu update blog mengikut masa. Tertewas dengan kekangan masa kerana tidak mahir dalam pengagihan tugas.
Lari sekejap dari kesedihan dan kedukaan. Biarpun blog semakin jarang dikemaskini tetapi penglibatan bersama Nuffnang jangan dipandang sepi. Untuk bulan Januari 2016 sahaja sehingga ke hari ini ini sudah empat (4) kempen CPUV melekat di blog YangBaik. Seperti tidak percaya tetapi itulah yang terjadi. Terima kasih Nuffnang.
My goal for 2016 |
Namun CPUV yang melekat itu bukanlah hadirnya sendirian. Kehadiran CPUV itu hadir bersama kehadiran dan kunjungan rakan blogger yang tidak jemu-jemu singgah dan meninggalkan link. Mungkin juga kerana entri di blog YangBaik kurang meriah seperti dahulu tetapi masih ada juga rakan-rakan blogger yang singgah. Terima kasih semua.
4 CPUV 2016 |
Terima kasih juga kepada rakan pintar bersama Nuffnang yang sudi beriklan di blog YangBaik. CPUV bulan Januari 2016 dimulai dengan Acer Predator 17, diikuti dengan Marigold - UHT Milk, Toyota New Year Promo dan Welcome to Shell Campaign. Semua iklan yang tersenarai ni semuanya ada kaitan dengan kehidupan seharian kita.
Umpamanya Acer Predator sebuah Laptop yang diperlukan untuk meneruskan hidup di alam maya, Marigold pula membekalkan susu untuk kesihatan dan kecergasan, Toyota pula kenderaan serba moden dan mewah walaupun kita mungkin tidak mampu memilikinya sekarang dan Shell pula jenama yang popular untuk menggerakkan kenderaan kita di muka bumi ini.
In shaa Allah semoga kehidupan kita mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.
Terima kasih atas perhatian semua.