Pengikut Setia

20 Oktober 2015

Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina


Antara segmen yang menjadi perantara dikalangan logger untuk saling berkenalan adalah segmen blogwalking.  Dengan syarat yang mudah dan ringkas, blogger mampu berkenalan dengan lebih ramai blogger lain yang kini semakin bertambah dengan niche yang berbeza.

Kali ini YangBaik join Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina.  Mirza Syazwina merupakan pelajar UNIKL.  Cita-cita tidak menghalang kita dari mengambil bidang yang kita minat walaupun nampak seperti berbeza.  Pasti ada kaitan antara satu sama lain.

Jom kita tengok pula ada apa dengan Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina.

Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina
Segmen Blogwalking By Mirza Syazwina

Segmen ini tamat pada 25 OKTOBER 2015.

Klik banner di atas untuk berkenalan dengan Mirza dan join segmen. :D

Sorang peserta yang bertuah untuk memenangi sebuah kotak misteri.  Nak tahu apa kotak misteri tu. Jom join segmen.  

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger.


19 Oktober 2015

Mengapa Entri Menjadi Viral

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Mengapa Entri Menjadi Viral


Sama ada tajuk yang menyebabkan entri menjadi viral atau kerana SEO.  Dua kemungkinan ini adalah antara sebab yang memungkinkan sesuatu entri menjadi viral.  Ada juga entri yang menjadi viral itu langsung tiada sumber ilmu dan panduan.  Sekadar bahan bacaan boleh juga dijadikan sebagai sempadan dalam kehidupan kita seharian.  Walaupun entri viral itu kelihatan seperti tidak bermoral tetapi itulah sebahagian daripada hakikat hidup ini. Ada yang baik dan sebaliknya. Pemikiran dan pendirian yang berbeza mengenai sesuatu isu bukanlah penghalang untuk menjadikan sesuatu entri itu menjadi viral.

viral

Viral


Apa istimewanya entri menjadi viral seandainya langsung tidak memberi manfaat dari segi ilmu dunia ataupun akhir sana.

Sebaik-baiknya kita viralkan entri atau isu yang berfaedah kepada pembangunan minda bukan sekadar untuk kepuasan nafsu yang tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sahsiah.



Mengapa CPUV Bulan Oktober Lewat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa CPUV Bulan Oktober Lewat


Jenuhlah menunggu CPUV muncul pada bulan Oktober, bermula dari 1 haribulan lagi.  Tunggu punya tunggu tak juga muncul.  Mulalah YB terfikirkan kot-kot encik Nuffnang dah merajuk atau ada kesilapan pada link blog.  Tak apa lah sabar lagi.... nak bertanya hantar tiket kepada Nuffnang tu rasa 'leceh'.  Jadi tunggu pula apa kata rakan blogger yang lain.  Tiada juga komentar.  Ada dari kalangan rakan blogger sudahpun menerima iklan CPUV pada minggu pertama Oktober. Oiiii... jeles juga tau.  
Rezeki masing-masing kan.  Mana yang rajin berusaha dapatlah hasil yang lebih.  Kalau dah malas nak update blog maka mana mungkin nak dapat hasil yang lebih.  SEO blog pun masih berterabur.

Tunggu lah lagi... dan akhirnya hari ini baru YB dapat update senarai CPUV yang mula beratur menari di blog YangBaik.

Nah, inilah senarainya.

CPUV 12345 Oktober 2015

CPUV 12345 Oktober 2015


Setelah menunggu sekian lamanya, pada 12 Oktober 2015 barulah muncul CPUV yang pertama iaitu UforLife Launch, iklan mengenai produk insuran.  Diikuti dengan MOH - Exclusive Breastfeeding, Lux Obsession, Sofy Compact dan U-Mobile.  Agak menarik juga iklan CPUV yang muncul kali ini kerana kelima-lima iklan berkenaan YB sempat melihatnya pada waktu siang. Kebiasaannya iklan CPUV akan keluar pada tengah malam atau lewat malam.  

Namun jawapan kepada mengapa CPUV bulan Oktober lewat dikeluarkan oleh Nuffnang masih juga tiada jawapan.

Walau apapun terima kasih juga kepada Nuffnang atas kesudian meletakkan iklan CPUV di blog YangBaik.  Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang rajin berkongsi link dan jejak yang memungkinkan Nuffnang meletakkan CPUV lebih banyak lagi.  

Bersama kita menyokong industri blog negara ke arah yang lebih murni.

Sekian.


Carian