Pengikut Setia

03 Julai 2015

Segmen saya nak design kad raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen saya nak design kad raya


Nak design kad raya tetapi tak pandai atau tak sempat?  Apakata korang join segmen designer Fiza. Peluang yang datang bukan selalu.   Sudahlah bukan selalu, tempoh segmen juga sekejap. Apa yang korang dapat dengan join segmen nie?  Korang boleh dapatkan trafik dari blog Azhafizah selaku peserta.  Kalau korang beruntung boleh guna untuk print sendiri ataupun untuk post kat media social.

Jom kita tengok bagaimana nak join segmen nie.

segmen-saya-nak-design-kad-raya

Segmen saya nak design kad raya


Klik banner di atas untuk turut serta.

Tempoh Segmen 2 Julai 2015 hingga 5 Julai 2015.

Pemilihan pemenang melalui random.org.

Cepat-cepat meriahkan segmen rakan blogger.


Muhasabah Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan


Muhasabah Ramadhan


Sabda Rasulullah (s.a.w):  "Sekiranya umatku mengetahui kemuliaan dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu sepanjang tahun"


Kemuliaan Ramadhan

Mungkin sudah ramai dari kita yang mengetahui akan kemuliaan Ramadhan, termasuk juga penulis blog ini (YangBaik).  Namun kita masih lemah dalam menghayati betapalah mulianya bulan Ramadhan sehingga kita sering alpa dan lalai untuk memberi makna yang baik-baik kepada Ramadhan.  Sewajarnya kita menepikan sengketa, meninggalkan perasaan hasad dan keburukan perilaku kita bagi menghormati kehadiran bulan Ramadhan.

Semoga bermanfaat
posted from Bloggeroid

Lagi doa mohon tambah ilmu dan rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Lagi doa mohon tambah ilmu dan rezeki


Dalam kehidupan kita seharian tidak lepas dari rintangan dan halangan.  Sama ada untuk menuntut ilmu atau untuk mencari rezeki demi kemaslahatan hidup dunia dan akhirat.

Berikut adalah petikan ilmu untuk dikongsikan bersama.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu seperti ilmunya orang-orang yang takut kepada-Mu, rasa takut seperti rasa takutnya orang-orang yang mengenal-Mu, keyakinan seperti keyakinannya orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, kepasrahan seperti kepasrahannya orang-orang yang beriman kepada-Mu, taubat seperti taubatnya orang-orang yang tunduk kepada-Mu dan ketundukan seperti ketundukan orang-orang yang bertaubat kepada-Mu, syukur seperti syukurnya orang-orang yang bersabar karena-Mu, kesabaran seperti kesabaran orang-orang yang bersyukur kepada-Mu dan keselamatan seperti keselamatannya (orang-orang yang gugur membela agama-Mu) yang hidup dan mendapatkan rizki di sisi-Mu (di surga).
(Thalq bin Habib)

Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan amalan seharian.  In shaa Allah.


Carian