Pengikut Setia

11 Mei 2015

Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri


YangBaik nak bebel sekejap mengenai tanggungjawab kepada diri sendiri.  Tajuk entri idea spontan yang datang tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke bilik air di pejabat.  Nampak tak?  Kalau dah namanya blogger apa saja yang terlintas di minda pasti akan menjadi tajuk.  Cuma bezanya cara kita mengolah mengikut kefahaman dan kebijakan kita dalam membuat karangan.

Kalau nak menyusun mengikut turutan keutamaan tajuk selalunya YangBaik memang akan kalah. Kalah dengan diri sendiri yang tidak bijak menyusun ayat dan kata-kata.  Sama juga bila bos suruh buat surat, dua tiga jam baru nak siap.  Bukan senang nak faham kehendak soalan dan kehendak tajuk.


GMBM 1st GIVEAWAY 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GMBM 1st GIVEAWAY 2015


Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.


http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html

09 Mei 2015

Pemenang Giveaway 1st Anjuran Luarteko.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Giveaway 1st Anjuran Luarteko.blogspot.com


Masih lagi bercerita mengenai hadiah harijadi.

Beberapa kali buat entri penghargaan kepada penganjur menjadikan YangBaik kehilangan idea, tak tahu nak tulis macam mana lagi.  Nak kaitkan antara penyertaan, penganjur dan kemenangan.  Yang pastinya ucapan terima kasih tidak terhingga kepada LuarTeko atas pemilihan ini.

Mengambil petikan dari entri LuarTeko berkenaan senarai pemenang, terdapat seramai 57 orang blogger telah menyertai giveaway yang pertama ini.  Daripada 57 peserta, seramai 17 blogger yang bertuah telah dipilih menggunakan khidmat encik random.org.  Sekali-sekala mesra pula encik random.org.  Namun itulah yang dinamakan rezeki, silih berganti.


Carian