Pengikut Setia

23 April 2015

Dia melukis lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dia melukis lagi


Malam ini, ketika entri ini dikeluarkan dia masih lagi melukis.

Petang tadi katanya letih, nak mengaji pun tak larat. Alasan yang baik juga sebab dari pagi sampai petang belajar, masa rehat pun sejam dua saja.

Tadi lepas hantar mengaji, umi dan ayah dengan senang pi shopping barang dapur. Bukan suka-suka nak tinggalkan dia, tetapi dengan harapan selepas mengaji boleh dua balik rumah terus tidur atau paling tidak rehat depan tv.

Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie


Jemu juga buat entri tanpa ada Giveaway.  Rasa macam sunyi jer blog nie. Jadi blogwalking ke blog rakan blogger terjumpa pula GA ni.  Kita cubalah, selain tumpang trafik boleh juga berkenalan dengan rakan blogger baru dan tambah kenalan

Bila join GA atau segmen baru rasa meriah... ewahh. Perasan jer. Dah memang blog ni dari dulu sunyi.  Sebab ownernya tak mesra alam.  :P

Tak sempat nak membebel panjang lebar.  Jom kita tengok apa yang ditawarkan melalui Giveaway By Hidayu Ayumie. 

Bagaimana mendapatkan kekuatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana mendapatkan kekuatan


Bagaimana hendak dimulakan hari yang penuh dengan cabaran.  Setiap hari ada saja cabaran. Setiap cabaran yang kita tempuhi itu secara tidak langsung memberikan kita kekuatan... sedikit demi sedikit. Kita kadang-kadang tidak sedar ada di antara cabaran itu hanya kecil sahaja tetapi mampu mengubah cara kita berfikir dan bertindak.  Ada sebahagian pula cabaran dilihat sebagai terlalu besar tetapi tiada tindakan yang diambil... mungkin juga kerana terlalu sukar untuk dihadapi.

Jam tangan Guess 

gambar hiasan

Jam tangan berjenama, contohnya Guess pastinya menjadi sebahagian daripada kekuatan untuk kita. Untuk mendapatkan jam tangan berjenama yang asli pada segelintir orang mungkin tidak sukar tetapi agak sukar bagi kita yang kurang berkemampuan.  Dengan sumber kewangan yang terhad terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian, mana mungkin kita mampu memiliki jam tangan berjenama asli.

Walaupun jam tangan itu hanya sebagai kekuatan untuk kita di dunia, kita tidak seharusnya leka dengan kekuatan yang wajib kita tempuhi untuk mendapatk kebaikan di akhirat sana... suatu tempat yang abadi tanpa pengakhiran.  Kekuatan kita yang abadi adalah doa, ikhtiar dan tawakkal.

Semoga kita beroleh kekuatan dan kemenangan.


Carian