Pengikut Setia

09 Oktober 2014

Birthday Giveaway by Shad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join


Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 

Segmen Bloglist Nov14 By AdeLine

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist Nov14 By AdeLine

Aduhai rakan blogger sekalian, dimaklumkan bahawa blogger Adeline sedang menganjurkan segmen bloglist untuk bulan November 2014.

Sebanyak 10 blog yang bertuah akan terpilih untuk mengisi kekosongan blog list bagi bulan November 2014 di blog Adeline.  Pemilihan 10 blog yang bertuah itu nanti akan dibuat menggunakan menggunakan khidmat random.org.

Segmen ini akan tamat pada 30 Oktober 2014 dan senarai blog yang bertuah itu nanti akan mula disenaraikan dalam blog list Adeline mulai 1 November 2014.

Untuk rekod dan pengetahuan semua, senarai peserta yang menyertai segmen ini akan dikemaskini setiap masa.  


Marilah kita blogger semua memberikan sokongan kepada Adeline dengan menyertai Segmen ini. Sila klik pada banner di atas untuk menyertai segmen ini.  Ingat yer segmen ini akan tamat pada 30 Oktober 2014.  

Tuah ayam nampak di kaki
Tuah blogger nampak di random.org

Terima kasih dauh keladi, 
Haraplah sudi datang lagi.

Sekian adanya.  Jumpa lagi.

(^-^)



Patutkah kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Patutkah kita

gambar hiasan

Patutkah kita...
dengan rela melukakan hati orang lain
Atau mungkinkah kita tidak sedar
ataupun kita tidak ambil tahu pun hati orang itu

Tahukah kita andainya luahan yang sama ditujukan kepada kita
Apa pula perasaan kita
Tiada rasa apa-apa kan?
Kerana hati itu sudah mati
hati itu mati kerana sikap kita yang sombong dan angkuh
bangga dengan kebolehan diri sendiri
bangga dengan kepandaian kita sendiri
bangga dengan pangkat yang kita ada

Patutkah kita...
dengan hati yang terluka
menyimpan dendam kesumat kepada dia
Sudah tentu dendam kerana sakit hati itu tiada galangnya

Biarkan saja dia sakiti hati orang
Kerana hati dia umpama batu
pelarasan setimpal pasti dia perolehi
selaras dengan apa yang dia perlakukan

Kita ini tiada apa untuk didendami
Kerana kita juga sering alpa
Lalai dan lupa
Kerana kita manusia

Lalu humbankan saja sakit hati itu ke benua hujung sana
Biar hati kita ini bersih dari luka
Biar hati kita ini suci dari noda
Kerana kita ada hak untuk hidup aman

Berserah diri kepada Yang Maha Besar
Semoga hati kita kembali bersih dan segar
Tetap teguh bersama Nur Firdaus...


nukilan:  yangbaik | 8102014 | 13:30
(saat kejutan melanda kerana alpa... sakitnya biarpun terasa harus segera pulih dari noda)

Carian