Bacalah Al-Quran
Ramai di antara kita mengetahui mengenai ayat al-Quran mula diturunkan.
Ramai juga yang tahu kesucian al-Quran.
Ramai juga tahu betapa al-Quran itu adalah mukjizat untuk kehidupan seisi alam.
Namun kita kadang-kadang alpa dan lalai dari membaca al-Quran.
"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya". (Hadis Riwayat Muslim).
Semoga kita dapat menjadikan al-Quran sebagai 'novel' yang wajib dibaca setiap hari.