Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Mengapa menjerit
|
gambar hiasan yang langsung tiada kaitan |
Mungkin juga menjadi lumrah kita kan ... bila berhadapan dengan situasi tertentu kita akan menjerit.
Teringat masa zaman bebudak dulu... bila ternampak lipas... menjerit, bila ternampak ulat menjerit. Tak kiralah apa-apapun suka menjerit. Last-last bila kena marah dengan tok dan mak barulah lah tak jadi menjerit.
Tetapi bila dah besar panjang .. dah jadi mak budak rasa dan minta untuk menjerit tu datang kembali. :P
Kenapa???? Sebabnya jeritkan anak-anak yang malas mandi, jerit panggil makan, jerit panggil balik... dah petang dekat senja pun tak reti-reti lagi nak balik...
Dan... bila kita lihat orang lain menjerit... baru tersedar buruknya perangai menjerit nie yer.
Sekarang cuba berhenti menjerit dan cakap baik-baik dengan anak-anak sebab anak-anak tu bukannya tak dengar apa yang kita cakap... cakap jer baik-baik dia ikutlah juga kan...
Buat penat jer menjerit nie... bukan dapat apa-apa dapat sakit tekak adalah. :P
Yang sebenarnya niat asal adalah nak tulis mengenai jeritan oleh bos kepada pekerjanya. Tak jadi pula. Nak reka ayat dan buat karangan panjang lebar.
Kita sekarang dah dewasa ... tak perlu dijerit-jerit cakap jer elok-elok bukan kita tak faham. Bahasa menjerit ni ... buat pekerja lagi stress dan boleh menjatuhkan motivasi... daripada nak buat terus tak buat, kalau buat pun tak berapa nak menjadi.
Hentikan jeritan!!!