Pengikut Setia

19 Mac 2014

Mencari rezeki yang halal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari rezeki yang halal adalah tanggungjawab semua orang di muka bumi.



Tidaklah berhasrat hendak membebel panjang lebar di sini tetapi untuk berkongsi rasa dengan semua orang yang berkunjung ke blog ini.

Bertakwalah kepada Allah dan carilah rejeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu.(Muhammad bin Sirin)

Semoga bermanfaat.

#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

18 Mac 2014

Di antara dua kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di antara dua kebaikan yang akan ditinggalkan adalah kebaikan yang telah kita lakukan dan kebaikan yang bakal kita lakukan atau dalam perancangan.  Ada baiknya sentiasalah merancang untuk berbuat baik.  Semoga ia memberi kebaikan kepada kita.


Pesanan ini sekali lagi ditujukan kepada semua pembaca blog ini.

Wahai Anakku, apabila Engkau akan mengerjakan shalat, maka shalatlah seperti shalatnya orang yang akan meninggalkan dunia ini, janganlah Engkau mengira bahwa Engkau akan kembali lagi ke dunia ini. Dan ketahuilah Wahai Anakku, sesungguhnya seorang mukmin itu meninggal dunia diantara dua kebaikan ; kebaikan yang telah ia kerjakan dan kebaikan yang akan ia kerjakan.  (Muadz bin Jabal)


#pray4mh370

suka duka pentas dunia


$$$ 

Masih ada di sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syukur Alhamdulillah masih berpeluang membebel di blog picisan ini.  Walaupun tidak seberapa tetapi cukup untuk memberi semangat dan ruang bagi menambah bilangan karya di alam maya.

Corak hiasan

Beberapa hari yang berlalu tanpa sebarang entri di blog ini sungguh memberi kesan...

Sebenarnya YB (yangbaik) atau aye (saya) masih lagi keliru untuk membahasakan diri sendiri dalam ruang blog ini.  Nak bahasakan aku... macam kasar sangat, nak bahasakan saya... macam budak sekolah pulak... nak bahasakan akak... hmmm tak sesuai kot... nak bahasakan makcik... rasanya belum sampai lagi ke tahap itu.  Walau apapun setelah diamat-amati mengikut keselesaan sendiri, bahasa yang paling sesuai adalah aye... iaitu gantinama atau panggilan bagi diri sendiri seperti aku, saya, gua dan yang seangkatan dengannya.

Hari Sabtu dan Ahad lepas aye mengikut Kursus Sulaman Riben di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah.  Memang menarik.  Kerja-kerja menyulam bukanlah sesuatu yang baru buat aye tetapi sulaman riben memang baru kerana sebelum ini tidak pernah mendapat latihan secara formal dan intensif seperti kursus ini.

Selain dari itu, Sabtu lepas juga bermulanya musim hujan.  Petangnya hujan lebat dan seperti biasalah tanpa mengikut arah angin... kebocoran berlaku sana sini dalam rumah dan juga di ruang lepak-lepak (porch).  Bocornya tak banyak tetapi cukup memberikan kekalutan kerana sudah lama hujan tidak mencurah ke bumi.  Sempat juga menadah air hujan melalui cucur atap di luar rumah, menggunakan tong hitam yang asalnya dibelikan untuk buang sampah.  Tong hitam itu disimpan dan hanyalah sebagai tong tambahan sekiranya tong sedia ada telah penuh. Memang perlu guna tong tambahan... jika tidak akan menyusahkan jiran tetangga... okey!!  Tambahan... bocor dalam rumah tak banyak mana pun sikit saja.

Apa lagi... Ahad lepas, julung kalinya ke TESCO di saat akhir membeli keperluan rumahtangga.  Masuk saja dalam TESCO... ting tong... "pengumuman kaunter akan ditutup 10 minit lagi".   Apa lagi berkejaran mendapatkan keperluan yang telah disenaraikan.  Tidak pernah jadi dalam sejarah... membeli belah dalam masa 10 minit dan paling bagusnya jumlah harga mencecah sehingga RM100.00 lebih.  Memang betul-betul terasa sekarang ni. RM100.00 belum penuh troli baru dalam dakapan (troli bawa ke lain) dan suku troli.

Dan... sekarang masih lagi menunggu perkembangan positif mengenai kesudahan MH370.  Semakin lama menunggu semakin banyak pula cerita-cerita sensasi...apa-apa pun semoga yang terbaik buat warga #mh370.

#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$

Carian