Pengikut Setia

10 Februari 2014

Segmen : Jom masuk bloglist Misya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Malam-malam sebelum melelapkan mata sambil-sambil blogwalking. Layan dulu Segmen anjuran Rakan Blogger Aimi Syahirah.  

Segmen ini pada asalnya tiada tarikh tutup, tetapi sebentar tadi Aimi umumkan segmen ini akan berlangsung sehingga 16 Februari 2014.  Cepat-cepat siapa yang nak berkenalan dengan model sambilan ini... klik pada gambar di atas.  Join segmen sebegini yang bagusnya dapat menambah kenalan di alam maya.  

Cuma satu sajalah YB nak bagi tahu pada Aimi.  Banner header yang diambil dari blog Aimi tu YB buat secara print-screen, paste pada Paint, crop dan save sebagai nama baru.  YB buat begini kerana tak dapat dapat copy header tu dari blog Aimi, nak dapatkan url link header tu pun tak dapat.  Kena kerja lebih sikit berbanding dengan copy link url.  

YB kurang pasti pula kenapa jadi begini adakah kerana kegagalan tetikus, pad sesentuh atau pada sistem.  

Apa-apa pun semoga yang terbaik.

Sekian adanya.  Terima kasih di atas perhatian.


suka duka pentas dunia


$$$

Kebaikan kepada orang bercakap baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Semoga Allah merahmati orang yang baik bicaranya dan meraih kebaikan atau yang diam dan menghindari keburukan.

(Ibnu Mubarak)




suka duka pentas dunia


$$$

09 Februari 2014

Beg sandang untuk 3 orang penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beg sandang untuk 3 orang penting

3 beg buat insan tersayang.
Dari kiri beg mengaji untuk Irdina, beg mengaji untuk Alif dan beg kerja untuk encik suami.
Semoga menepati citarasa mereka. Sayang semua!!!

Beg sandang untuk 3 orang penting yang istimewa.  Bukan biasa sebenarnya bagi YB untuk menyiapkan 3 unit beg dalam masa 2 hari.  Sememangnya memang tidak pernah dibuat.  Tetapi pada hujung minggu kali ini YB berjaya menyiapkan 3 beg untuk keperluan 3 insan tersayang.  Bukan 3 orang saja yang disayang dalam keluarga ini tetapi ramai lagi tetapi untuk kali ini baru berjaya menyiapkan 3 beg ini untuk kegunaan mereka bertiga.

Carian