Banyak-banyak soalan dalam dunia maya ni... soalan yang satu ni jugalah yang menjadi pilihan mereka (atau dia seorang saja?). Hairan betullah mengapa tak berani berhadapan dengan empunya diri sebaliknya tanya kat google, pastu singgah kat blog nih...
Hari ni kan cuti umum, semalam pun cuti umum jugak. Kenapa mesti minta izin pada bos nak cuti pada hari Cuti Umum?. Dah cuti umum kan... cuti sajalah. Lainlah kalau hari bekerja. (Tiba-tiba teringat... jangan-jangan anak buah aye yang minta cuti... eh eh eh... minta cuti secara online kat portal bukan minta secara atas talian dengan mr google lah!).
Macam ni lah dipendekkan cerita dan dimudahkan pemahaman. Alasan untuk bercuti biarlah yang munasabah (rasanya dah publish lama dulu) janganlah mereka (mencipta) alasan yang bukan-bukan.
Cuti Kerana Saudara Terdekat Sakit
Jika benar hendak bercuti kerana emak sakit, anak sakit, suami sakit atau diri sendiri yang sakit biarlah memang dah tiada pilihan sangat. Memang kita yang perlu cuti untuk menjaga mereka kerana dah tiada orang lain yang boleh jaga.
Dalam pada itu hendak cuti pun kenalah pastikan semua tugas tiada yang terbengkalai. Dalam keadaan tertentu sakit memang tidak dijangka dan boleh datang pada bila-bila masa (termasuk si penulis ini). Justeru sebagai individu yang bekerja kita sering diingatkan untuk menjaga kesihatan dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan atau aktiviti agar tidak menjejaskan kesihatan.
Dalam Jabatan Kerajaan Cuti Kerana Menjaga Ahli Keluarga terdekat yang sakit adalah dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu. Jika hendak bercuti lama boleh membuat perancangan awal dan mohonlah Cuti Tanpa Gaji. Dengan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada bos untuk merancang dan mengagih tugas.
Cuti Tahun/ Cuti Rehat
Setiap staf diberikan kadar cuti tertentu untuk tempoh satu tahun dan hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya serta dirancang. Cuti hendaklah dirancang dan elakkan mengambil cuti tidak dirancang seperti EL (Emergency Leave atau Cuti Kecemasan).
Gunanya Cuti Rehat atau Cuti Tahun adalah untuk memberi peluang kepada staf untuk menguruskan urusan peribadi tertentu pada hari-hari bekerja dengan tidak menghadirkan diri ke tempat kerja.
Alasan untuk mengambil cuti Tahun atau Cuti Rehat pada kebiasaannya adalah kerana urusan keluarga seperti menguruskan persekolahan anak-anak, urusan peribadi lain yang tidak boleh diselesaikan pada hari Cuti Umum (Sabtu/ Ahad).
Sebaiknya cuti itu dirancang dan dimaklumkan lebih awal kepada bos. Tidaklah bos mengamuk bila kerap sangat ambil EL atau Cuti Sakit (pura-pura sakit).
Kesimpulan
Bos memang tiada kuasa untuk menyekat cuti stafnya tetapi staf perlu merancang dengan bijak bila hendak cuti dan untuk apa.
Alasan cuti biarlah logik dan diterima akal serta kita sendiri yakin dan percaya bahawa cuti yang diambil itu adalah memang perlu sangat.
Elakkan juga mengambil cuti dengan sengaja atas alasan-alasan yang tidak munasabah serta tidak boleh diterima oleh akal yang normal.
'suka duka pentas dunia'
(^-^)