As salam,
Pengalaman setiap orang memang berbeza tak mungkin sama. Sedangkan pengalaman bersalin atau melahirkan anak juga berbeza bagi setiap anak hatta oleh ibu yang sama. Nanti akan ada ornag bertanya pula kalau dah berbeza maknanya apa pula?... Hmmm sendiri tanya sendiri jawab, pengalaman yang lepas boleh dijadikan sebagai sempadan dan panduan untuk peristiwa akan datang juga untuk memori peribadi.
Bukan sahaja bersalin yang memberikan pengalaman berbeza tetapi pada peringkat kehamilan lagi sudah memberikan pengalaman yang berbeza. Kesakitan dan kesusahan juga berbeza, justeru jangan pula kita ingat hanya kita saja yang mengalami kesukaran dan kesakitan yang amat sangat... masih ada lagi insan lain yang terpaksa menanggung kesakitan yang lebih lagi dari kita... cuma kesanggupan kita yang memberi kekuatan.
Bagi @yangbaik, pengalaman bersalin anak ke-4 pada 14 Oktober 2012 yang lepas memang sungguh berbeza sama sekali dan satu pengalaman baru. Walaupun masa kesakitan bermula ada sedikit persamaan dengan anak-anak yang lepas tetapi peristiwa selepasnya memang banyak berbeza dan menuntut kesabaran dan kekuatan emosi yang tinggi.
Anak ke-4, diberi nama Muhammad Abid dilahirkan dengan berat yang agak rendah iaitu 2.2 kg. Oleh kerana beratnya kurang, memerlukan pemantauan berterusan oleh pihak perubatan mengenai sebarang komplikasi berkaitan paru-paru. Sejurus dilahirkan, ummi hanya sempat melihat dari jauh kerana Abid dimasukkan ke dalam tabung. Agak sedih tetapi masih lagi boleh bertahan semoga yang terbaik untuknya.
Namun emosi mula merentap jiwa apabila Abid terpaksa dipindahkan ke SCN di Hospital untuk pemantauan lanjut. Melihat dari kejauhan ... tabungnya dibawa pergi... menitis air mata ini (sedikit).. simpati dengan keadaan dan nasibnya... namun apa yang dilakukan oleh pihak perubatan adalah untuk kebaikannya. Reda dan pasrah.
Keesokannya ummi menyusul pula untuk bersama Abid di SCN. Perasaan sedih sukar dibendung tatkala keluar dari Wad Bersalin kerana tiada baby bersama... sukarnya nak digambarkan perasaan ini.. namun terima kasih kepada kakitangan Klinik Bersalin Yasmin di atas layanan yang diberikan, termasuk juga Doktor Yasmin yang banyak memberikan kekuatan biarpun kekuatan itu tak mampu menangkis gelora jiwa ini yang dilanda kesedihan.
Berada di SCN banyak memberi pendedahan dan pengalaman baru berkenaan situasi ibu-ibu yang terpaksa berhadapan dengan situasi anak kecil mereka ketika dirawat. Sedikit sebanyak memberi kekuatan semangat... namun kegelisahan emosi yang melanda tak tertahankan.
Ini adalah sebahagian daripada pengalaman bersalin... selebihnya nantikan semangat baru berserta gambar baru....
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
11 November 2012
10 November 2012
Demam Cuti Sekolah dan Cuti Perayaan Plus Cuti Bersalin
As salam,
Banyak sungguh cuti, bermula 3 minggu lepas ummi dah mula cuti panjang kemudian sekarang ni disambung pula dengan cuti sekolah oleh anak-anak... dan dua tiga hari lagi disambung pula dengan cuti sempena Deepavali dan Cuti Awal Muharram.
Ummi punya cuti memang penuh dengan aktiviti tersendiri... bermula dari pagi hingga malam dan kadang-kadang tak tidur malam.... meneman si cilik berjaga sebab siangnya dan jenuh tidur... seperti lazimnya...
Dan... sebenarnya Ummi tersentuh juga di hati sebab untuk hari 'Konvo" Alif nanti ummi tak dapat turut serta meraikannya di UTP memandangkan Ummi masih lagi dalam 'hari'. Apa nak buat.. cuma siapkan persediaan di rumah jer... walaupun dalam hari masih sempat lagi 'oter' seluar dan baju Alif untuk dipakai esoknya... lantak la... mesin letrik kan bukan mesin kaki... kalau tidak jenuh gak lah bentan ...

gambar lama.... makan mesti habis... atau dihabiskan oleh orang sebelahnya... hehehe |
08 November 2012
Jawapan skema bagi soalan yang tidak ditanya
As salam,
Nak bagi skema jawapan bagi soalan yang belum diterima secara rasmi. Memangnya tiada siapapun yang berani bertanya secara rasmi kepada @yangbaik kenapa lama sangat tak update blog.
Hehehe... tak suspen pun... saje jer nak buat cerita. Mana ada orang nak tanya pada blogger yang tak mesra dan juga tidak glamor nih (huh). Ada ker ? tak der kan?
Yang sebenarnya 25 hari yang lepas @yangbaik telah selamat melahirkan anak ke -4. Memang sungguh banyak dugaan dan cabaran serta ujian... almaklumlah wanita selepas melahirkan anak akan mengalami banyak perubahan emosi.
Sehingga itu dulu.... sebenarnya banyak yang nak diceritakan tetapi masih membeku dalam dalam diri.

eh... ini bukan gambar tiru uncle gedek yer... gambar ni dah ada lama dulu sebelum uncle gedek dikenali... kebetulan pula yang sebenarnya gambar ini keluar untuk bercerita mengenai Hari Yang Sibuk sebelum ke Residence Hotel di Uniten Bangi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA