Dalam sedar tak sedar bak kata orang (bukan robot) pejam celik pejam celik, umur Muhammad Alif hari ini dah pun mencecah 6 tahun.
Ummi dan ayah memang nye setiap tahun tak pernah rancang pun nak buat majlis sambut ulang tahun anak-anak. Tetapi kali ini ... tak rancang juga tetapi mungkin ada la skit.
Nak beli hadiah? Hrm... fikir jugak tapi hari-hari bila keluar jer ke pekan... ada jer hadiah untuk dia (Alif). Tak kiralah buku lukisan, pensil warna, robot, bola, lori, apa yang tak der kat dalam bakul mainan tu... macam2 ada... dah boleh buka kedai mainan dah pulak.
Tengok lah nanti... apa yang buat....
alif bersama sebahagian kecil dari koleksi mainan. |
Hai anakku yang pertama! (nyanyi sikit ikut lagu Dato' M Daud Kilau)
Pagi tadi wish le Happy Birthday masa gerak bangun ... ehhh banyak la pulak alasan.
jaga jer... ada ker dia cakap jangan le buat muka macam tu nanti sampai bila2 pun muka macam tu...
hei... muka macam mana pulak nie... ala muka suka macam tu la... nanti tak boleh ubah dah...
huhhuhu.... naper la pulak tak bleh nie... lain tak bukan mesti kes malas bangun pagi nie... yea