Macam-macam tips memikat yang kita boleh perolehi di mana-mana sahaja. Boleh dapat daripada blog atau juga goggle jer jumpa la. Termasuk tips untuk memikat burung dan kucing juga... hahahha
Tetapi awas, tips yangbaik nak bagi di sini lebih kepada tips untuk menarik perhatian pasangan agar sentiasa sayang dan ingat pada setiap pengorbanan kita. Bukan bermaksud untuk menjadi 'ratu kawalan' atau queen qontrol tetapi untuk mengeratkan lagi perhubungan dan mengekalkan perhubungan yang sedia terjalin ini.
1. Berikan perhatian
Sentiasa memberikan perhatian atas setiap perbualan dan sebarang bentuk komunikasi. Pastikan kita tidak mengabaikan apa yang dibicarakan walaupun sepatah ayat. Kerana kemungkinan dengan sepatah ayat itu walaupun seperti tidak bermakna kepada kita tetapi mempunyai makna yang mendalam bagi pasangan kita.
2. Senyum dan Sabar
Senyum kepada pasangan kita walaupun kita sebenarnya dalam kesukaran. Sebenarnya senyum itu walaupun pahit sebenarnya menjadi ubat dan penawar bagi setiap kesukaran kita. Semoga pasangan kita mengerti walaupun kita sebenarnya dalam kesukaran tetapi kita masih mampu membahagiakan dia.
3. Jangan ambil hati sangat
Janganlah ambil hati sangat terhadap apa yang dikatakan oleh pasangan kita. Memang pada masa itu kita sungguh terasa hati tetapi percayalah lama-kelamaan sebenarnya hal itu tidaklah menjadi isu. Sebaliknya kita yang perlu bersabar. Kerana ada kemungkinan pada masa-masa tertentu kita juga ada sebut sesuatu yang menyakitkan hati pasangan kita.
Rasanya cukuplah dulu 3 tips yang diberikan. Yangbaik bukanlah pakar motivasi tetapi yang ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan cetek yang tidak seberapa ini. Semoga tip ini mampu memberikan kebaikan dan andanya tidak baik jadikan sempadan.
Sekian.