Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga. Papar semua catatan

28 Julai 2015

Isteri bukan orang gaji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isteri bukan orang gaji


Sedari dulu kita tahu dan kita faham bahawa seorang isteri memangnya bukan orang gaji.  Tetapi setiap kerja rumah dilakukan oleh seorang isteri dengan penuh rasa tanggungjawab.  Mana yang perlu dan tidak kadang-kadang tidak dipertikaikan.

Tetapi itu semua apabila isteri tidak bekerja.  Ketika seorang isteri itu hanyalah seorang suri rumah. Tiada tanggungjawab di luar kawasan rumahtangganya.  Hanya apabila si isteri itu mempunyai tanggungjawab di luar kawasan rumahtangganya, maka bagaimana pula dia hendak menangani tanggungjawab di rumahnya dengan lebih selesa.

isteri bukan orang gaji

isteri bukan orang gaji


Seorang isteri bukan orang gaji, tetapi rakan hidup suami.  Dan seorang suami tidak mempunyai kuasa untuk memerintahkan isteri atau memaksa isterinya melakukan kerja-kerja rumah dan bangun di tengah malam untuk memasak untuknya.  Tetapi kalau si isteri melakukannya kerana cinta, maka dia akan diberi ganjaran (pahala), tetapi isteri tidak wajib berbuat demikian.  (Syaikh Muhammad Al-Yaqoubi)

Aduhai si isteri, besar sungguh pengorbanan seorang suami apabila menyediakan kelengkapan yang sepenuhnya untuk kemudahan dan keperluan seorang isterinya.  Maka tidakkah si isteri itu mahukan pahala yang berganda-ganda melebihi pahala seorang pembantu rumah?

Adeh!.  Terasa juga walaupun sendiri yang menulis.

#peringatanbuatdirisendiri
#kelabsuamiisteri
#kelabrumahtangga



16 Januari 2015

Isteri nusyuz suami dayus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kisah suami isteri




Setelah kita bergelar isteri yang sah kepada suami kita pastinya kita inginkan perkahwinan kita dirahmati dan berbahagia hingga ke akhir hayat kita.

Namun dalam menelusuri alam perkahwinan kita tidak lari dari ujian dan cabaran.  Setiap ujian dan cabaran itu hendaklah ditempuhi dengan penuh kesabaran dan kuatkan semangat.  Asam garam rumahtangga, ada kala manis dan pahit.  Setiap rahsia dalam rumahtangga tidak seharusnya disebarkan kepada umum.  Setiap masalah yang timbul pastinya ada jalan penyelesaian, tidak perlulah diwar-warkan kepada umum.

Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan bahagia dan dirahmati serta diberkati.

Sekian.
posted from Bloggeroid

23 Ogos 2013

Langit Tidak Selalu Cerah - Cabaran berumahtangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




Pernah dengar atau terbaca tak kat mana-mana ayat ini "orang kalau nak jadi kuat perlu berumahtangga (kahwin), kerana kesabaran dalam mengharungi cabaran dalam alam rumahtangga mampu menjadikan orang itu orang yang gagah dan kuat".

Ada ketika juga kesabaran kita agak terbatas dek kerana lemahnya semangat dan lemahnya mental dan fizikal.  Betul tak?

Bukanlah bermaksud nak beradu kekuatan mental dan fizikal.  Tetapi hendak berkongsi idea dan pandangan dari salah seorang penceramah hebat.

Berikut adalah antara beberapa cabaran dalam berumahtangga.  Haruslah dibaca, diteliti dan renungi dimana cabaran yang sebenarnya dalam kehidupan....



Cabaran dalam kehidupan berumahtangga

1.  Ingkar pada suruhan Allah dan laranganNya
2.  Tidak nmendapat restu ibu bapa
3.  Ingkar pada permintaan pasangan
4.  Masalah komunikasi dalam rumahtangga
5.  Masalah seksual yang tidak seimbang
6.  Campurtangan keluarga
7.  Gangguan orang ketiga
8.  Tekanan dan masalah kesihatan
9.  Masalah kewangan
10.  Enggan berubah dan tidak mahu berusaha
11.  Malas bekerja
12.  Kurang penghargaan dan belaian
13.  Tidak seimbang antara kerjaya dan rumahtangga
14.  Cemburu dan iri hati terhadap pasangan
15.  Hilang rasa hormat dalam rumahtangga
16.  Sibuk menuntut hak tetapi enggan memberi hak
17.  Pengaruh media cetak dan elektronik
18.  Anak-anak bermasalah - derhaka kepada ibu bapa, tidak melaksanakan perintah Allah, terlibat dengan gejala sosial seperti dadah, rempit, zina dan buang bayi.




Mampukah kita mengharungi semua cabaran di atas?  Sudah tentu mampu kerana cinta itu buta.  Dan... kita sudah tentu sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang kita sayang dan kita suka iaitu rumahtangga yang aman dan bahagia serta mendapat berkat dan Rahmat dan Allah.

Lakukan yang terbaik untuk mengatasi cabaran dalam kehidupan kita.  Kerana kita adalah kita dan hanya kita yang tahu kekuatan sebenar yang ada dalam diri kita.


Sekian.

Rumahku Syurgaku

Terima kasih


.

05 September 2012

Tips memikat pasangan

As salam


Macam-macam tips memikat yang kita boleh perolehi di mana-mana sahaja.  Boleh dapat daripada blog atau juga goggle jer jumpa la.  Termasuk tips untuk memikat burung dan kucing juga... hahahha

Tetapi awas, tips yangbaik nak bagi di sini  lebih kepada tips untuk menarik perhatian pasangan agar sentiasa sayang dan ingat pada setiap pengorbanan kita.  Bukan bermaksud untuk menjadi 'ratu kawalan' atau queen qontrol tetapi untuk mengeratkan lagi perhubungan dan mengekalkan perhubungan yang sedia terjalin ini.


1.  Berikan perhatian
Sentiasa memberikan perhatian atas setiap perbualan dan sebarang bentuk komunikasi.  Pastikan kita tidak mengabaikan apa yang dibicarakan walaupun sepatah ayat.  Kerana kemungkinan dengan sepatah ayat itu walaupun seperti tidak bermakna kepada kita tetapi mempunyai makna yang mendalam bagi pasangan kita.
 
 
 

2.  Senyum dan Sabar
Senyum kepada pasangan kita walaupun kita sebenarnya dalam kesukaran.  Sebenarnya senyum itu walaupun pahit sebenarnya menjadi ubat dan penawar bagi setiap kesukaran kita.  Semoga pasangan kita mengerti walaupun kita sebenarnya dalam kesukaran tetapi kita masih mampu membahagiakan dia.



3.  Jangan ambil hati sangat
Janganlah ambil hati sangat terhadap apa yang dikatakan oleh pasangan kita.  Memang pada masa itu kita sungguh terasa hati tetapi percayalah lama-kelamaan sebenarnya hal itu tidaklah menjadi isu.  Sebaliknya kita yang perlu bersabar.  Kerana ada kemungkinan pada masa-masa tertentu kita juga ada sebut sesuatu yang menyakitkan hati pasangan kita.


Rasanya cukuplah dulu 3 tips yang diberikan.  Yangbaik bukanlah pakar motivasi tetapi yang ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan cetek yang tidak seberapa ini.  Semoga tip ini mampu memberikan kebaikan dan andanya tidak baik jadikan sempadan.

Sekian.

Carian