As salam,
Memang lah masih dalam mood hari raya sekarang ni kan, sebabnya hari ni baru masuk hari raya ke-5. Semalam hari raya ke-4 dah mula kerja. Amboi! dah mula kerja? tak der sedara mara ke? tak beraya ket kampung ker? ko memang tak suka raya? Macam-macam andaian dan tekaan yang cuba mencecah ke telinga namun semuanya di tepis. Entah-entah orang tak cakap apa pun sendiri jer yang perasana. Hahahaha...
Dan, semalam juga merupaka satu detik yang sukar dilupakan, walaupun macam-macam detik yang berlangsung dan salah satu detik itu seolahnya seperti biasa berulang dan seperti sudah dijangka akan berlaku... tetapi tak upaya nak tepis kerana ia terjadi juga... tak kuasa lah nak menepisnya. Hidup mesti diteruskan. Kesukaran dan kesusahan hati yang dialami kita tidak sama kan? Ada yang lebih susah lagi... hanya kesanggupan kita saja yang menguatkan semangat dan tekad hidup kita.
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri sering berkumandang dan kelihatan di mana-mana. Namun di blog ini... huish... macam berat sangat nak tulis nyer. Bukan apa kononnya tak nak buat entry skema... ala konon-konon tak nak sama dengan blog yang lain... tapi kan tak boleh blahhh la... sebabnya dah memang kita hidupnya begini. Bak kata encik suami kalau nak buat lain pun janganlah lain sangat dari orang lain, nanti nampak pelik sangat... eh eh... encik suami pun pandai juga nak cari kelainan.
Dah tamat sebulan puasa, tibalah masa hari raya. Raya tu tetap juga raya tetapi Puasa Enam tiba-nya hanya sekali saje dalam setahun, bila nak mula nie... alkisah jemputan rumah terbuka tu... terimalah seadanya.... yang penting nak dapatkan pahala puasa enam tu....
Jom Puasa Enam. Kita kutip pahala dan sambung pahala tambahan untuk menampung Puasa Ramadan.
'suka duka pentas dunia'