Pengikut Setia

06 Julai 2012

Rahsia, antara harus dan wajib untuk jaga atau simpan atau bocorkan

As salam


Hari ini Jumaat. 
Seperti biasa walaupun pada hari-hari lain terpaksa membebel secara tak rela di sini dan ada ketika ada pembaca terpaksa membaca catatan yang entah apa-apa. 
Rileks ler... ;)



Nak cerita tentang 'Rahsia'. 
Biasalah kan... rahsia adalah antara 'kita berdua' sahaja atau hanya 'saya' saja yang tahu. 

Walaupun ada ketika 'rahsia' itu 'saya' terpaksa kongsikan dengan 'awak' supaya saya tidak terbeban utnuk menanggungnya seorang. 
'Saya' ceritakan 'rahsia' ini kepada awak dengan harapan awak akan simpan dan jaga.



Tetapi nampaknya 'awak' juga tidak mampu menanggung beban 'rahsia' ini lantas menceritakannya kepada beberapa orang lagi, sehingga akhirnya 'rahsia' itu bukan lagi rahsia. 
MENGAPA?

'Awak' ada alasan lain kah hingga terpaksa membocorkan rahsia itu?
Jangan segan... boleh juga kita kongsikan pengalaman rahsia itu di sini...


(*-*)
~~

.

05 Julai 2012

Iklan Kemasukan ke UiTM bagi Sesi Pengajian 2012/2013

As salam,




Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

● Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.

 ● Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.  (no. slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).

 ● Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti di dalam jadual semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum  meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.

 ● Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai 2012 (Isnin).

 ● Tarikh tutup permohonan online pada 26 Ogos 2012 (Ahad).


NOTA:

● Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my
● Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi dengan ini juga kepada adik-adik yang tidak terpilih dalam permohonan lepas boleh lah membuat permohonan semula.  Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selamat maju jaya.


^-^

04 Julai 2012

Mencari Bufered Earning Nuffnang di Nuffnang Blogopolis 2012

As salam,


Tiba-tiba muncul cerita ni pulak.  Pelik-pelik.

Entahlah tiba-tiba jer terasa nak buat tentang Nuffnang.  Bukan apa nak kata lepas geram tak juga cuma tertanya-tanya di manalah Nuffnang sembunyikan Buffered Earning nya untuk blog yangbaik.  Dah hampir 2 minggu terbiar kekeringan. 

So, entry ni boleh nak kata... macam bodek Nuffnang sikit... ;)
Macamlah Nuffnang tu makan bodek ...

Baiklah alang-alang buat cerita tentang Nuffnang dipanjangkan cerita, Nuffnang sekarang sedang membuat kiraan kebawah (countdown) bagi program Blogopolis 2012.


Nuffnang blogopolis bakal diadakan pada 14 Julai 2012 di Hotel Concorde Kuala Lumpur

Nak tahu lebih lanjut mengenai Nuffnang blogopolis Malaysia 2012, ayuh jangan buang masa klik di sini (http://blog.nuffnang.com.my/2012/06/27/countdown-to-blogopolis-2012/).  Nak bercerita panjang @yangbaik kurang sikit dalam kerja penterjemahan... so sebelum disalah tafsir baik baca sendiri pada link yang disediakan.

jangan lupa klik juga di sini untuk dapatkan lebih banyak gambaran...
http://youtu.be/pgJvDOJblrs


Ada lagi, tiket juga telah dijunamkan kepada RM180.00 seorang untuk menyertai program ini.  Cepat-cepat jangan ketinggalan.  Disana pada blogger terutama 'nuffnangers' dapat berjumpa ramai blogger terkenal seperti abangnara blogger hiburan.

@yangbaik... kalau ada rezeki boleh le ke sana itupun jika keadaan kesihatan anak2 mengizinkan.

Sekian.

Carian