As salam
Al kisah mengenai jerebu ni bukan sahaja baru berlaku tetapi sudah lama dan ianya berulang kembali. Dan kisah jerebu ini bukan sahaja berada di sekitar Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Ipoh malahan di Seri Iskandar juga.
Sejak lebih sebulan lalu, terdapat pembakaran sisa pokok hutan yang dilakukan secara terbuka. Tetapi kesannya lebih ketara dalam seminggu dua ini kerana telah banyak asap pembakaran yang terkepung di atmosfera Seri Iskandar.
Ada cerita mengatakan hutan dibelakang kawasan perumahan SIDEC diterangkan untuk penanaman semula kelapa sawit. Ada pula mitos menyatakan kawasan berkenaan bakal dimajukan untuk sesuatu projek besar. Entahlah mana satu, tetapi yang pastinya kesan daripada penebangan hutan dan diikuti dengan pembakaran secara terbuka telah memenuhkan klinik-klinik di Seri Iskandar dengan pesakit batuk dan selsema juga mengakibatkan ubat-ubatan berkaitan selsema dan batuk di farmasi juga semakin berkurangan.
Saban hari akan kelihatan kepulan asap keluar dari kawasan pembakaran berkenaan dan mengakibatkan langit yang biru semakin perang dan matahari juga semakin sakit (tiada lagi cahaya oren tetapi yang ada hanyalah cahaya keperangan). Sudah semakin tenat nampaknya.
Simpati juga kepada pelajar sekolah rendah berhampiran kerana kebakaran itu sepertinya berlaku juga berhampiran kawasan sekolah. Kesan kebakaran kecil juga kelihatan di sana sini.
Adalah menjadi harapan pihak Jabatan Alam Sekitar dapat melakukan sesuatu dalam kes ini.
Sekian.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
17 Jun 2012
16 Jun 2012
Madu tidak semestinya manis
As salam
Sekali lagi nak berkongsi cerita dan pengalaman. Yangbaik ni... hari memang dah kemaruk menulis maklumlah dah lama tak menulis... jadi tiab-tiba ideanya datang mencurah-curah pulak.
Beginilah, kita biasa diajukan dengan situasi bahawa yang ada madu itu manis. Eh, tak semua yer. Tak per.
Ceritanya macam ni, sekarang ni memang musim mengidam makan nangka kot. Asal jumpa jer nangka mesti beli tambahan kalau nangka madu. Tadi yangbaik terserempak dengan nangka madu... belilah.
Balik rumah, terus basuh. Ingat nak makan dalam kereta... tapi tak basuh lagi... kot2 tercemar pulak. Sabar jerlah... Lepas basuh terus makan.... Eh.... nangka madu tapi rasanya tawar pulak berbanding nangka biasa yang lebih manis...
Macam mana tu...? tak per asal dapat makan nangka jadilah... bila dah bersalin kelak kan ke lama tak boleh makan nangka, so sementara boleh makan ni makan jer. Bila masa nak minum air gula kelak... berhenti dulu makan manis... hikhikhik

Sudah maju jangan sombong
As salam
Sesaja nak bercerita dan nak bertanya sikit, pernah anda berjumpa dengan seseorang yang dahulunya dia adalah biasa-biasa saja tetapi sekarang ni dia sudah berjaya dan perniagaannya kelihatan maju. Dahulunya dia masih mampu senyum pada kita dan mampu bertegur dengan kita walaupun kelihatannya sibuk. Tetapi kini, setelah beberapa lama perniagaannya dah semakin maju... nak senyum pun dah tak mampu... mungkin juga keletihan... ataupun dia tak kenal kita.
Tetapi... yelah kalau kita tak kenalkan diri kita mana dia nak kenal...
Saja bagi panas sikit...

Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA