Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pengalaman. Bercerita mengenai pengalaman memang suatu yang agak klise kerana setiap orang mempunyai pengalaman hamil yang berbeza. Termasuk juga blogger.
Bukan niat nak kata semua blogger bila hamil akan jadi malas update blog tetapi ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan alahan atau pembawa budak. Bukan sekadar alasan tetapi harus diakui. Walaupun tidak semua blogger itu malas update blog dan tak kurang juga yang rajin sangat update blog.
Sesaja nak berkongsi pengalaman yangbaik ketika hamil dan ketika berhadapan dengan blog yang bersawang. Blog ini pada awalnya ditubuhkan ketika hamil anak pertama di trisemester terakhir. Ketika itu tidaklah aktif sangat sampai 2 hingga 3 bulan tak buat apa-apa. Sehinggalah lepas bersalin baru saja nak berjinak-jinak semula dengan blog dah hamil anak ke-2. Perasaan malasnya nak hadap blog tak tau nak katalah...sampai blog bersawang lagi... sehinggalah habis pantang anak kedua... baru bergiat aktif semula dengan blog. Ketika dalam keadaan biasa, update blog akan jadi seperti satu kemestian dan kegilaan sehinggakan dirasa hari itu tidak lengkap jika tidak update blog. Dan setelah 4 tahun berlalu... hamil pula anak ke-3, perasaan malas dan muak itu datang kembali... bukan sahaja malas malahan nak buka blog pun tak de minat. Yang seronoknya semasa dalam pantang masih sempat pula update blog...
Kini... perasaan malas, muak dan mual itu datang semula ketika hamil anak ke-4. Memang menghairankan kerana rata-rata blogger yang rajin update blog ketika hamil. Tetapi yangbaik tak berapa nak boleh. Maklumlah siang kerja... memang tak sempat nak update blog. Malam pula asyik tidur awal, kalau tidak pagi esok kesiangan lah jawabnya.... memang tak boleh layan blog. Ketika hari cuti pula, siangnya dok asyik cari idea nak sedapkan mulut yang dok asyik meloya jer...tengok netbook pun tak selera. Kini, setelah beberapa hari digagahkan juga semangat nak membebel kat sini.
Sekianlah dulu... cari idea lain pula.