Pengikut Setia

12 Mac 2012

Kasut pilihan bukan kasut idaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Nak bercerita tentang kasut pula.  Bukan kerana tiada idea, tetapi dah berlebihan ideanya sampai mencurah-curah hingga tak tahu mana nak tulis... Hehehe

Yangbaik, kalau bab mencari kasut memang suka sangat terutama bila dapat catalog baru dari Rorine atau Leno.  Sayangnya hasrat untuk mendapatkan kasut idaman jarang sekali kesampaian.  Kecuali dari Rorine memang belum pernah beli lagi.  Yang selalu dibeli adalah jenama BATA.  Sejak 'azali' pilihanku adalah BATA.  Entah mengapa, koleksi kasut pilihan kebanyakannya datang dari BATA.


Kasut BATA terakhir yang dimiliki masih lagi elok, tetapi tidak selalu dipakai kerana tumitnya 'semakin tinggi'.  Masih dalam keadaan baik dan akan dipakai bila rasa teringin berkasut tinggi.  (Macamlah tinggi sangat kan..)

Tetapi sejak kebelakangan ini, mencari kasut yang sesuai dengan harga dan rekabentuk menjadi semakin sukar.  Bila jumpa 'design' yang sedang elok, harga pula tak sepadan (mahal sangat).  Kadang-kadang 'design' kasut memang dah elok sangat2 tetapi tumit tinggi la pulak.  Yangbaik memang tak sesuai sangat pakai kasut tumit tinggi terutama yang lebih dari 2 inci.  Itupun dah kira tinggi. 

Dengan umur yang semakin meningkat tambahan pula dengan berat badan yang susah nak stabil (berat badan naik dengan senang hati tetapi susah sikit nak turun).  Dengan itu, kasut 'flat' atau tapak rata adalah lebih sesuai bagi wanita yang banyak bergerak terutama ketika terlibat dengan pengendalian program jabatan. 

Kasut hitam ini, walaupun design yang ringkas tetapi sedap dipakai... maksudnya selesa dan senang dibawa berlari (?).  Jenamanya tak ingat, dah tanggal dari tapaknya.  Harganya berpatutan sekali dan rasa sungguh berbaloi. 

Sayangnya atas kecuaian sendiri atau juga kerana kesilapan pihak lain yang tidak menjaga keselamatan pengunjungnya.  Kasut ini dengan tidak sengaja telah terlanggar besi cerucuk yang tertanam di satu laluan mengakibatkan ia terkoyak (sedikit).   Kasut ini akhir tersimpan dalam rak kasut dan menanti tukang kasut untuk dibaiki (jika boleh). 

Menariknya, kasut ini walaupun tersimpan sekian lama (hampir 6 bulan atau lebih) permukaannya tidak terkoyak atau 'tersopak', masih elok tidak seperti sesetengah kasut yang akan 'tersopak' bila lama tidak memakainya.

Inilah sebahagian dari perjalanan dan kisah kasut. 
Sekian adanya.

.

World Sleep Day 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


World Sleep Day 2012

Tarikh:  17-18 Mac 2012
Masa:  10:00am - 10:00pm
Tempat:  Berjaya Time Square (LG Concourse)

11 Mac 2012

Berhenti Mengharap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Untuk kesekian kali, tajuk Berhenti Mengharap diutarakan. Tetapi dalam situasi yang berbeza.  Berhenti mengharap bukan bermakna berputus asa tetapi lebih kepada kurangkan kebergantungan kepada orang lain.  Juga bukan kerana tidak percaya tetapi lebih kepada membina keyakinan diri dan keupayaan diri untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dan urusan.

Berhenti mengharap dengan harapan orang lain tidak menyalahkan kita atas kesilapan yang bukan kita lakukan kerana kita terlalu banyak mengharap kepada orang lain untuk menyelesaikan urusan kerja kita.

Sentiasa berwaspada atas setiap tutur kata, perbuatan dan juga tulisan.  Bertanggungjawab atas setiap apa yang berlaku ...berat juga nih.  Macam mana yer?

(>-<)

?

Carian