Pengikut Setia

14 Februari 2012

Mencari alasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan

  1. Mencari alasan untuk bertindak atau tidak bertindak.  Ada yang mencari alasan berpusing-pusing kepala kerana mencipta seribu alasan.
  2. Mencari alasan untuk cuti.  Mengapa mesti dicari alasan lain jika sepatutnya kita mesti cuti. 
  3. Senaraikan lah berapa banyak juga alasan yang terbaik atau yang paling buruk sekali untuk mendapat cuti.
  4. Cadangan senarai cuti ?  Sesekali tidak akan dipamerkan di sini kerana apa juga alasan yang diberikan untuk kelulusan cuti pastikan ia adalah benar dan kita percaya dengan alasan itu, bukan sekadar alasan semata.
  5. Alasan itu tergantung kepada keperluan mustahak untuk cuti.  Seandainya tiada saudara mara yang sakit mengapa harus diberikan alasan nenek sakit.  Dalam nenek dok sihat wal afiat, tiba-tiba jatuh sakit pula dan andainya nenek sudah tiada apakah sanggup kita menipu diri sendiri dengan alasan yang tidak masuk akal.
  6. Apapun alasan yang dicari... berpeganglah kepada kebenaran dan hakikat.
.

Hadiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



1.  Hadiah datangnya dari hati yang ikhlas.  Namun ada ketika hadiah diberikan ketika tidak ikhlas kerana dipaksa.  Contohnya ketika acara tertentu.  Sensitif untuk tulis di sini nanti ada yang terasa... Takut ehhh

2.  Semua orang suka hadiah tetapi tidak semua orang suka bagi hadiah.

3.  Jom kita baca apa ada dengan hadiah:
Berilah hadiah satu dengan lainnya, niscaya kalian akan saling mencintai.  (HR Bukhari)

Sekian...  hehehe tersasar jap...

Update:
Entri ini tiada sama ada secara langsung atau tidak dengan entri Hadiah Untuk Pembaca oleh ariffshah, bakal pilot Malaysia yang baru dari Moscow.



.

13 Februari 2012

Sepanjang Jalan Kenangan | Seri Iskandar ke Seri Manjung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Sepanjang jalan kenangan bagi setiap langkah dalam perjalanan ke suatu destinasi tersendiri
berhadapan dengan pelbagai situasi bermula dengan kehijauan alam dan akhirnya kehijauan batuan yang menggunung

suatu perjalanan itu dimulakan dengan Bismillah dan juga doa menaiki kenderaan.  Kenderaan itu juga haruslah dipastikan berada dalam keadaan siap siaga dan sedia digunakan serta selamat untuk penumpangnya

setiap perjalanan itu ada pembahagiannya bagi mengenalpasti arah tujuan ke Barat atau Timur, ke Utara atau Selatan
Jangan sesekali terbabas ke jalan yang lain laluan kenderaan lain kerana mereka juga ada arah tujuan mereka sendiri
jangan dikejar lampu yang hijau juga usah dilanggar lampu yang merah malahan kuning juga harus berhati-hati

Perhatikan di kiri dan kanan jalan laluan itu, kerana di situ juga ada kehidupan berilah mereka laluan dan lapangkan juga hidup mereka...lihatlkah durian nan sebatang itu adakah mampu ia bertahan untuk satu tahun lagi atau sepuluh tahun lagi...

Nun di sana kelihatan hijau rimba, pepohonan menjulang tinggi seolah menongkat awan, melambai lembut sang bayu senja.  Kelihatan lantainya telah dirobek rakus sang jentolak. 
Untuk pembangunan?  Ya! dalam kehidupan ini perlu kepada pembangunan dan perubahan.
Sayangnya kehijauan itu terpaksa dikorbankan.... demi sebuah pembangunan...


Kelihatan indahnya alam bersama kehijauan pepohonan muda... hasil usaha anak muda
Adakah ia mampu bertahan lama... selagi ada usaha gunakan masa serta tenaga yang ada pelihara alam hijau bumi kita.

Sekian dulu ranjau kehidupan sepanjang jalan penuh kenangan.  Hijau alam indah di mata.

Kisah hijau batu bakal menjelma...

*

Carian