Pengikut Setia

28 September 2011

Wordless Wednesday | Retro Raya 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rahsia yang tersendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Rahsia! Semua orang mempunyai rahsianya yang tersendiri dan rahsia itu tidak mungkin akan diceritakan kepada orang lain melainkan atas perkara-perkara tertentu dan atas kepercayaan kepada seseorang yang lain.

Di dalam Arahan Keselamatan pula, dokumen terperingkat Rahsia disimpan di dalam peti besi manakala warna kulit fail peringkar Rahsia adalah merah jambu dengan berpalang merah.  Dan pada kebiasaannya sesiapa yang memegang Rahsia sering terdedah kepada ancaman.  

Sudah menjadi kelemahan manusia sering terpengaruh dengan perkara-perkara luar biasa dan sering menjadi sasaran pihak-pihak yang berkepentingan.

Kelemahan manusia itu adalah
  1. keinginan menunjuk-nunjuk
  2. cuai patuhi arahan
  3. tidak cermat ketika bercakap, dan
  4. cuai kerana ketagih alkohol atau dadah.
Sajalah nak cerita perihal Arahan Keselamatan pula.  Bukan kerana nak jadi penceramah tetapi sekadar ingatan. 

Memanglah manusia itu lemah, apa juga rahsia yang diketahuinya nak diberitahu kepada orang lain.Sedangkan rahsia sendiri pun kadang-kadang tidak boleh diceritakan kepada orang lain melainkan atas-atas sebab tertentu.

So???

Sekian lah... *-*

26 September 2011

Mencari yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mencari yang terbaik! Semua orang sudah pasti mengharapkan yang terbaik dalam setiap laluan kehidupannya.  Tidak kiralah sama ada pasangan hidup, anak-anak, kerjaya dan sahabat.

Lelaki pasti akan mencari wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidupnya.  Sesekali diperhatikan juga watak dan tingkahlaku.  Ada yang berpacaran sekadar untuk mengisi kekosongan waktu di kala kesunyian.  Sedar atau tidak apa juga tindakan yang dilakukan akan mempengaruhi apa yang akan terjadi pada masa hadapan kita dan juga masa hadapan negara juga.

Dengan itu, jadilah warga yang terbaik untuk negaranya.  Hentikan 'vandalisme' ke atas warga lain.  Hormati hak dan perasaan orang lain dan pasti kita akan mendapat yang terbaik dalam hidup kita.

*-*

Carian