Kerana keychain Melaka dari Eyriqazz.com. Gambar keychain tu seperti di atas... Kredit to Bro Eyriqazz.com, izinkan aye guna gambar ni yer... tak der repair kat mana2 fresh from your blog bro!
Macam mana nak mula cerita aye pun malas nak pikir lah... sementelahan peristiwa 2 3 hari lepas banyak menggugat pemikiran dan daya ingatan untuk berfikir perkara-perkara lain. Namun kerana kengkawan kat blog dan demi penghargaan dikuatkan semangat dan tekad untuk buat catatan ni... kalau ayat atau jalan cerita agak kabur tu mohon maaf yer... (perasan pulak macam lah catatan sebelum ni hebat sangat... hu3)
Sebenarnya aye nak ceritakan tentang gambar kat bawah nih...
nampak tak? bilangan pengunjung dari blog bro eyriqazz mencecah sehingga 14 orang untuk hari ini sahaja. Terkejut juga sebab sebelum ni tak pernah dibuat pengunjung dari blog yang sama datang menjengah ke blog aye sampai 14 orang dalam satu-satu hari. Sebetulnya juga, aye dah 2 hari tak lepak2 kat blog bro eyriqazz... sebabnya? seperti yang dinyatakan di perenggan kat atas... Tadi jalan2 kat nuffnang.. ternampak (macam tak sengaja pulak) no. 14 tu... oh wow.. pasal apa ada cerita apa ... tertanya2 sendirian.
So!!! jawapannya ada pada gambar atas sekali dan ceritanya boleh baca kat entry bertajuk Pemenang Komen Terbaik. Dan cerita di sebalik komen tu adalah berkaitan gula ...
akhir kalam... terima kasih...
"Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa"
Budi bahasa budaya kita!