Pengikut Setia

26 Mac 2011

Rehat sekejap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sempena hujung minggu ni, setelah penat bekerja selama 5 hari makanya hari ini tuan blog ni bercadang nak rehat sekejap "take a break with a kit kat".

Bukan nak rehat kat rest house ke hotel atau chalet... tak buleh nak pi mana jugak pun..

dok jer kat rumah layan kerenah anak2 bagi pembantu pulak rehat.

sekadar hiasan:  gambar dua beradik yang sedang asyik berdekatan Jeti ke Pulau Pangkor di Marina Wings di Lumut pada waktu malam

25 Mac 2011

Rasa macam dah jemu

Selamat sejahtera,



Rasa macam dah jemu!
Rasa macam dah jemu?
Rasa macam dah jemu.
Rasa macam dah jemu, bila diri seperti tak dipedulikan

Nak buat apa bila dah rasa begitu?

Buat bodoh!
Buat bodoh?
Kenapa bodoh!
Kenapa bodoh pulak?
Sebab dah tak tau nak buat apa, buat bodo jer la...
Kalau tak nak buat bodoh... buat pandai, jangan pandai-pandai pulak nanti orang marah...

Sana sini orang buat ketupat
biarpun raya lambat lagi

layan jer la... perasaan yang perasan bodoh tu...

ntah bila nak pandai tak tau la...

INGAT!!!!! Jangan buat pandai-pandai... orang tak suka bila awak asyik memandai-mandai buat keputusan... tau!!!!

Kita ada kawan | Siapa pula musuh kita?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1 Malaysia,


Kita ada kawan sahabat rakan dan taulan
Semua itu menjadi teman dalam perjalanan hidup kita
Ada yang rajin memberi pandangan dan pendapat tentang sesuatu peristiwa
Tak kurang juga yang rajin memberi nasihat kepada kita
Ada juga yang bawa cerita tentang orang lain kepada kita... cerita tentang apa? macam2
Tak ketinggalan juga yang suka mengutuk kita ... depan atau belakang

Adakah itu semua memberi kesan kepada kita?
Sudah tentu...
Kerana dengan adanya kawan... kita tidak keseorangan dalam hidup
tak kisahlah kawan macam mana pun

Jangan sampai berkawan dan akhirnya menjadi musuh pula
Kerana bukan sedikit yang berkawan itu bagai gunting dalam lipatan
tak kurang juga bagai musuh dalam selimut...

Pandai-pandailah bawa diri dan berkawan
jangan sampai bermusuhan hingga membawa mudarat pada diri dan maruah diri...

okeys...

Carian