Pengikut Setia

31 Januari 2011

Lebih dari 10 Fakta mengenai The World of Dubai

Selamat Sejahtera buat 1Dunia,

The World of Dubai!  Gugusan pulau buatan manusia digelar The World di perairan Dubai, didakwa kini terbiar dan semakin terhakis.


Bagaimanapun, pemaju projek itu, Nakheel menegaskan dakwaan yang dibuat sebuah mahkamah tentang keadaan 300 buah pulau itu tidak benar sama sekali sebaliknya pulau-pulau tersebut masih stabil.


"Tiada isu tentang kestabilan pulau-pulau di The World yang yang lebih kurang 70 peratus daripadanya telah dijual dan diserahkan kepada pemiliknya.

"Pembeli pulau itu berhak meneruskan pembangunan yang telah dirancang," ujar jurucakap Nakheel menangkis dakwaan itu.

Pulau-pulau yang kebanyakannya dimiliki individu kaya dari pelbagai negara yang hanya boleh dimasuki menggunakan bot atau helikopter itu, merupakan satu daripada projek mega negara Teluk tersebut.

Pemilik-pemilik pulau terlibat telah mengumumkan beberapa perancangan untuk membangunkan pulau mereka, tetapi kerja-kerja itu masih belum berjalan sepenuhnya.

30 Januari 2011

Kesabaran dan keredhaan Fasha Sandha

Selamat sejahtera,


Dramatis popular reda apabila hubungan cintanya dengan Jejai sudah berakhir


ENGGAN terus menoleh laluan semalam yang menyakitkan, Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri tanpa perlu menyatakan segala punca dan alasan yang menyebabkan percintaannya dengan Rizal Ashram Ramli berakhir, baru-baru ini. Mudah pendirian Fasha, 27, cukup cuma dia dan Rizal Ashram atau lebih mesra disapa Jejai, 34, saja yang tahu mengapa mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing. Baginya, jalan yang diambil itu adalah pilihan terbaik buat mereka berdua dan selebihnya, dia memohon untuk menyimpannya kemas di sudut hati sebagai rahsia yang tidak perlu dikongsi.

“Kegagalan percintaan kami saya jadikan sebagai titik kebangkitan dalam kehidupan, apatah lagi pada 28 Mac ini saya akan berusia 27 tahun. Saya tidak akan sesekali menyalahkan diri sendiri atau menuding jari kepada sesiapa saja atas apa yang berlaku. Semua yang terjadi ini adalah ketentuan takdir.

“Saya tidak kecewa, sebaliknya berasa seperti mendapat kekuatan baru untuk meneruskan perjalanan hidup ini,” ulas pemilik nama lengkap, Nur Fasha Sandha Hassan ini sarat nada positif.

Cuba disuap soalan mengenai kemungkinan hatinya masih berbekas dengan perasaan sayang terhadap Jejai, aktres kelahiran Johor Bahru itu cuma mampu menghela nafas panjang sebelum bersuara ringkas. Bisik Fasha perlahan, biar semua itu disimpan sendiri di kamar hatinya. Apa yang dapat mampu dijelaskannya, dia sudah memaafkan Jejai atas perpisahan yang terjadi.

“Langsung saya tidak menyimpan perasaan dendam atau marah kepadanya. Saya juga manusia biasa yang punya kekurangan dan tidak sempurna. Saya cuma mahu mengingati segala yang manis sepanjang bersamanya.

“Secara peribadi, Jejai seorang lelaki yang baik namun sudah tertulis dia bukan jodoh saya. Saya reda kerana perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk kami berdua,” katanya yang kekal dengan pendirian untuk terus mengunci mulut.


.... sumber Berita Harian Online

Tenang hadapi musibah dan bencana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tenang hadapi musibah dan bencana.  Siapa kita untuk menduga kita yang bisa terjadi. Namun kita mampu berusaha dan berikhtiar serta merencana setiap peristiwa yang bakal kita tempuhi.  Contohnya hari ini, dalam pilihanraya kawasan DUN Tenang.  Dalam bersiap siaga, hujan lebat melanda dan mengakibatkan kejadian banjir di beberapa kawasan.  Anggota bomba dan JPA3 sentiasa bersedia...

Dalam masa yang sama ada pula hebahan melalui SMS yang mengatakan pilihanraya dibatalkan.  Mujurlah pihak SPR cepat membuat pemberitahuan... pilihanraya tetap berjalan seperti biasa seperti yang telah dirancang dan keputusannya bakal diketahui malam ini. 

seketika itu dulu...
~~~~~~~~~~~~~~

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya. Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara'nya. Dan barangsiapa sedikit sikap wara'nya, maka matilah hatinya

(Umar Al Khatab)

Carian