Pengikut Setia

03 Oktober 2010

Pernah shopping kat IKEA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pernah dengar IKEA
tapi tak pernah singgah store IKEA
pernah tengok iklan IKEA
kat surat khabar jer
pernah juga tengok iklan IKEA kat blog
iklan IKEA kat tv ... ada juga
kat blog aye...ada singgah sekejap iklan IKEA
tapi tak lama... mungkin sebab tak der apa yang penting kot kat sini
sebab tak pernah buat entri tentang IKEA
nih nak buat entri tapi ... macam tak berkualiti jer... maklumlah idea spontan

pernah juga baca entri tentang IKEA
tak ingat pulak kat blog mana
tajuknya lebih kurang... barangan IKEA bahaya
BAHAYA?.... tak baca habis pulak isi ceritanya
setahu aye... barangan IKEA yang terbaik, ada kualiti dan juga mesra pengguna
ada kesempatan nak juga dapatkan satu atau dua koleksi IKEA
untuk rumah baru.... ye yehhh ... macamlah nak pindah rumah dah...belum tahu lagik...
perabot kat rumah lama ni... nak letak mana, masih elok lagi...

walau apapun mesti singgah juga kat store IKEA
tengok sendiri dengan mata sendiri
tengok kat iklan tv atau iklan kat blog mungkin tak puas
tengok katalog pun jadilah
eh.... eh... katalog IKEA 2011 dah keluar... tau ker?
aye baru tau jer....
untuk gambaran lebih jelas lagi klik kat kat Katalog IKEA 2011

~~~~~~~~~~~
p/s:  iklan khidmat masyarakat untuk IKEA

02 Oktober 2010

faham ker apa maknanya? : banyak pula tanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kekadang tidak faham dengan sesetengah perkara atau perkataan
ada masanya kita tidak suka dengan sesuatu perkara
ada ketika juga kita tidak suka dengan seseorang
mengapa tak suka
sebab banyak tanya...
eh, kan ada pepatah melayu - malu bertanya sesat jalan
ada juga falsafah mengatakan kalau tak tanya mana nak tahu
(entah falsafah dari mana pulak)

pernah suatu ketika dalam entri mood hari raya keluar ulasan macam-macam 
apa makna bahasanya 'haram' sepatah pun aye faham
adalah satu ulasan jer yang aye faham... lagi tujuh... ntah apa-apa
sebab bahasa asing... memang tak faham
lantas aye buat satu lagi entri berkenaan bahasa berkenaan kat ulasan dari Rusia
saja nak bercerita tentang bahasa tu... ntah ya tidak tak tau la... bukan faham pun.

alih tak alih (bukan harta alih atau harta tak alih) tiba pula hasil pencarian berkaitan bahasa tu kat blog aye...
nak tengok?... tengok kat gambor nih...
nak tau apa yang dicari?.... arabskii yazik, skachattorrent
maksudnya?... belum cari lagik...

udah lah citer banyak2... nanti jemu pulak...

01 Oktober 2010

malas dan mengeluh... dah jadi biasa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

usah bermalasan
kerana malas itu kunci
kunci yang menutup segala pintu
pintu untuk berbuat kebaikan

kebaikan itu satu kewajiban
andai malas melanda diri
cepatlah sedarkan diri
kerana malas itu membuka jalan
menuju ke arah keburukan

sukakah dengan keburukan?
tidak suka (geleng kepala)
sukakah dengan kebaikan
semua suka (sambil angguk kepala)

kalau malas juga
elakkan mengeluh
kerana mengeluh juga tidak baik
kerana mengeluh juga sabar akan hilang
langsung jadi malas

simpulkan malas dan keluhan itu
buangkan ia jauh-jauh...
nun di sana
jangan sampai tangan ambil
jangan sampai kami jejaknya...

~~~~~~~~~~~~

Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, karena sesungguhnya kedua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu. Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu.

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

Carian