FOLLOWER

2 Oktober 2010

faham ker apa maknanya? : banyak pula tanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kekadang tidak faham dengan sesetengah perkara atau perkataan
ada masanya kita tidak suka dengan sesuatu perkara
ada ketika juga kita tidak suka dengan seseorang
mengapa tak suka
sebab banyak tanya...
eh, kan ada pepatah melayu - malu bertanya sesat jalan
ada juga falsafah mengatakan kalau tak tanya mana nak tahu
(entah falsafah dari mana pulak)

pernah suatu ketika dalam entri mood hari raya keluar ulasan macam-macam 
apa makna bahasanya 'haram' sepatah pun aye faham
adalah satu ulasan jer yang aye faham... lagi tujuh... ntah apa-apa
sebab bahasa asing... memang tak faham
lantas aye buat satu lagi entri berkenaan bahasa berkenaan kat ulasan dari Rusia
saja nak bercerita tentang bahasa tu... ntah ya tidak tak tau la... bukan faham pun.

alih tak alih (bukan harta alih atau harta tak alih) tiba pula hasil pencarian berkaitan bahasa tu kat blog aye...
nak tengok?... tengok kat gambor nih...
nak tau apa yang dicari?.... arabskii yazik, skachattorrent
maksudnya?... belum cari lagik...

udah lah citer banyak2... nanti jemu pulak...

4 ulasan:

  1. Salam

    Kalu orang perak ckp ' haram tak tahu' bermakna tak tahu apa2 or langsung tak tahu

    "Janji nak bayar hutang, tapi haram" bermakna org tu masih tak bayar hutang . Eeeeiiii banyak lagi... anak haram, sumbang mahram, pendatang haram, tanah haram kat Mekah tu.....

    "Pergi open house hari tu haram aku dpt makan kambing salai... habis licin tak sempat"

    Banyak lagi bahasa yg tak difahami...

    jom ke blog mama...entri sajak dgn Bismillah

    BalasPadam
  2. salam,

    bahasa itu indah...

    fahaminya.

    BalasPadam
  3. to mamawana,
    bahasa Melayu macam-macam maksudnya
    banyak maksudnya, tengok pulak pada ayat...
    terima kasih kongsi pandangan

    BalasPadam
  4. to cikgu Ri,
    sentiasa ambil masa untuk fahami setiap maksud bahasa yang indah dan puitis...tq

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.