Pengikut Setia

01 Oktober 2010

malas dan mengeluh... dah jadi biasa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

usah bermalasan
kerana malas itu kunci
kunci yang menutup segala pintu
pintu untuk berbuat kebaikan

kebaikan itu satu kewajiban
andai malas melanda diri
cepatlah sedarkan diri
kerana malas itu membuka jalan
menuju ke arah keburukan

sukakah dengan keburukan?
tidak suka (geleng kepala)
sukakah dengan kebaikan
semua suka (sambil angguk kepala)

kalau malas juga
elakkan mengeluh
kerana mengeluh juga tidak baik
kerana mengeluh juga sabar akan hilang
langsung jadi malas

simpulkan malas dan keluhan itu
buangkan ia jauh-jauh...
nun di sana
jangan sampai tangan ambil
jangan sampai kami jejaknya...

~~~~~~~~~~~~

Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, karena sesungguhnya kedua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu. Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu.

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

2 ulasan:

  1. salam,

    sejak semalam lagi anak dah bagitau dia malas nak pergi sekolah esok (hari ini - Jumaat). Pagi tadi aku jejutkan dia suruh pergi sekolah. Liat nak bangun...malaslah...katanya lagi.

    Aku tak paksa dia, cuma disuruh juga berulang kali....kan dulu cikgu bagi dwet raya bila kamu pegi ari jumaat dulutu..yang ramai kengkawan kamu tak datangtu..kataku.

    isyyyh...xkan dapat dwet raya lagi!

    mana tau..tah apa-apa lagi yang kamu dapat arini...pegile mandi, pergi sekolah...

    dengan malasnya dia bangun dan mandi dan pergi sekolah...

    BalasPadam
  2. to cikgu Ri,
    budak2... nak kata apa lagi..
    eh, sama lah macam anak aye gak, hari ni liat betul nak bersiap pegi sekolah, tak pulak bagi alasan...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian