Pengikut Setia

06 Ogos 2010

Puasa semakin mendekat... Kurma dah beli?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bulan Ramadhan semakin mendekati,
Bulan Syaaban semakin menjauh
Satu benda yang wajib dibeli
Buah kurma wajib untuk berbuka
(alamak! tak sama pulak baris kedua dengan keempat)
apa kata tukar dengan 'Buah kurma bukan buah pauh' - ngeeee

Ye lah satu kemestian dan sesuatu yang wajib ada di meja makan ketika berbuka puasa adalah buah kurma, untuk mendapat keberkatan, sementelahan pulak kurma adalah makanan kesukaan Nabi Muhammad s.a.w.

Baru baru ini aye ada terima email dari rakan mengenai kurma keluaran Israel,
sejauh mana kebenarannya, aye kurang pasti.

Pasti juga ramai orang dah terima e-mail seperti ini tak lama dulu termasuk aye sebelum ada blog dulu.... walau apapun aye sertakan juga petikan email itu untuk makluman dan ingatan bersama

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut, adalah petikannya:-

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel. ....dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.

Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin.

Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.

Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian, adanya.

05 Ogos 2010

Antara Facebook, Twitter dan Blog... Mana satu kerap update?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nak cerita apa pagi2 nih...
cerita tentang diri sendiri ke aktiviti sendiri... sama lah tu
ye lah takkan nak cerita tentang orang
buat dosa kering jer...
dah lah dekat nak sambut Ramadhan nih
kalau boleh kurangkan dosa ... 'ketupat'... hehehe

Facebook @ FB @ mukabuku...
macam-macam telahan kan
dalam ramai yang tak suka ... makin ramai pulak yang join
kalau buka FB... bedebush... macam2 cerita... hm tak masuk dek akal pun ada

sumber gambar:  mr google




Twitter... sama jugak macam mukabuku
cuma belum kedengaran lagi cerita tentang keburukan twitter secara jelas
nak kata tak glamour macam FB...
tak jugak...
bila buka Twitter... dush... macam2 jugak yang keluar


Blog pulak?
yang ini kena kerja lebih sikit sebab kena buat stori yang menarik
tapi tak juga ... sesetengah tu...
ceritanya ntah apa-apa tapi ramai juga pengikutnya...
ramai juga yang singgah...
ye lah dah ramai peminatkan

tu jelah pandangan yang dikongsikan
terima kasih kerana singgah kat blog aye
mungkin tak banyak ilmu atau sumber atau pengetahuan
yang penting... ini blog aye...

04 Ogos 2010

Tanda dah dekat sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Catatan pada 23 Syaaban 1431, 6 hari menjelang Ramadhan... Insya Allah mudah-mudahan kita dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Nak kata 2,3 hari rasanya dah banyak hari dah kot
kat tv dok keluar iklan tentang makanan dan minuman untuk berbuka puasa
lain-lain pun dok sibuk juga.... tumpang sekaki...
ada kaa..... kain baju baru nak pakai pada bulan Ramadhan
ini dah lebih.... itu iklan untuk hari raya boleh lah...
eeeehhhhh.... puasa belum mula dah terselit iklan tentang raya pulak...
tak lama lagi....
maka akan kedengaranlah pada setiap malam
kat kawasan perumahan .... dentuman mercun
maka.... bertebaran anak-anak setiap malam dengan kesibukan bermain mercun
terawih entah ke mana-mana....
tunggu dan lihatlah fenomena
yang biasa berlaku pada setiap kali bulan Ramadhan
semoga pada tahun ini tiada lagi
cerita tentang kehilangan jari ....
cerita tentang kecederaan akibat mercun
cerita tentang bermain meriam katak....
cerita tentang bermain meriam buluh...
cerita tentang bermain meriam tanah...
dan segala cerita....
yang melanda anak-anak melayu

dah habis?.... belum....akan bersambung dan berterusan lagi...

Carian