Pengikut Setia

05 Ogos 2010

Antara Facebook, Twitter dan Blog... Mana satu kerap update?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nak cerita apa pagi2 nih...
cerita tentang diri sendiri ke aktiviti sendiri... sama lah tu
ye lah takkan nak cerita tentang orang
buat dosa kering jer...
dah lah dekat nak sambut Ramadhan nih
kalau boleh kurangkan dosa ... 'ketupat'... hehehe

Facebook @ FB @ mukabuku...
macam-macam telahan kan
dalam ramai yang tak suka ... makin ramai pulak yang join
kalau buka FB... bedebush... macam2 cerita... hm tak masuk dek akal pun ada

sumber gambar:  mr google




Twitter... sama jugak macam mukabuku
cuma belum kedengaran lagi cerita tentang keburukan twitter secara jelas
nak kata tak glamour macam FB...
tak jugak...
bila buka Twitter... dush... macam2 jugak yang keluar


Blog pulak?
yang ini kena kerja lebih sikit sebab kena buat stori yang menarik
tapi tak juga ... sesetengah tu...
ceritanya ntah apa-apa tapi ramai juga pengikutnya...
ramai juga yang singgah...
ye lah dah ramai peminatkan

tu jelah pandangan yang dikongsikan
terima kasih kerana singgah kat blog aye
mungkin tak banyak ilmu atau sumber atau pengetahuan
yang penting... ini blog aye...

04 Ogos 2010

Tanda dah dekat sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Catatan pada 23 Syaaban 1431, 6 hari menjelang Ramadhan... Insya Allah mudah-mudahan kita dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Nak kata 2,3 hari rasanya dah banyak hari dah kot
kat tv dok keluar iklan tentang makanan dan minuman untuk berbuka puasa
lain-lain pun dok sibuk juga.... tumpang sekaki...
ada kaa..... kain baju baru nak pakai pada bulan Ramadhan
ini dah lebih.... itu iklan untuk hari raya boleh lah...
eeeehhhhh.... puasa belum mula dah terselit iklan tentang raya pulak...
tak lama lagi....
maka akan kedengaranlah pada setiap malam
kat kawasan perumahan .... dentuman mercun
maka.... bertebaran anak-anak setiap malam dengan kesibukan bermain mercun
terawih entah ke mana-mana....
tunggu dan lihatlah fenomena
yang biasa berlaku pada setiap kali bulan Ramadhan
semoga pada tahun ini tiada lagi
cerita tentang kehilangan jari ....
cerita tentang kecederaan akibat mercun
cerita tentang bermain meriam katak....
cerita tentang bermain meriam buluh...
cerita tentang bermain meriam tanah...
dan segala cerita....
yang melanda anak-anak melayu

dah habis?.... belum....akan bersambung dan berterusan lagi...

03 Ogos 2010

Ada apa dengan Zakat Fitrah?

Assalamualaikum

Nampaknya kadar zakat fitrah di Kelantan dinaikkan dari RM6.90 ke RM7.00 pada tahun ini
~~~~~~~~~~~~~~~
Zakat fitrah di Kelantan ditetap RM7


Utusan Online:  03/08/2010 1:15pm

KOTA BHARU 3 Ogos - Kadar zakat fitrah di negeri ini ditetapkan RM7 tahun ini, meningkat 10 sen berbanding RM6.90 tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa beras.

Beliau berkata, bagi tujuan itu Maik telah melantik seramai 571 amil terdiri daripada para imam, bilal dan pegawai agama di kem-kem tentera, polis serta pusat-pusat tahanan.

"Kita menjangkakan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM7.5 juta berbanding RM7.3 juta pada tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Utusan

~~~~~~~~~~~~
Catatan aye:  Kadar zakat kat kawasan kita dah keluar ke?

Carian