Pengikut Setia

11 Mei 2010

Jom... Review ... blog kita!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hmm.... kononnya nak minta en aried review blog aye... nak cari jalan mudah... tak perasan pulak rupanya ada syarat lain... hehehe ... sori ye aried.

Tapi, apa kebaikan blog review nih... Untuk tujuan menambahbaik dan mencantikkan lagi isi kandungan blog, dalam masa yang sama boleh juga bertukar-tukar pandangan dengan bloger lain.  Maklumkan blog aye ni tak seberapa... kekadang hidup kekadang pengsan (sebab belum mati), tapi belum lagi masuk kategori hidup segan mati tak mahu yek.

Nak cerita sikit pasal blog aried nih... tak ingat pulak dari mana jumpa blog nih... macam-macam info ada dalam blog nih,... layan jer...bawah ni adalah gambar header blog aried atau mathsensei.  Kalau tak berapa nampak klik jer kat gambar tu.  tak pun pergi jer ke alamat ni...  http://www.ar-rifke.com/

Okeylah aried... selamat menreview... (menreview?... heeee tak sedap lak sebutannya).
Sorry.... aye dalam kekontangan idea...
~~~~

Keputusan 'April Giveaway By Zie Fauzi'

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pengumuman!  Dimaklumkan bahawa keputusan pemenang 'April Giveaway By Zie Fauzi" telahpun dibuat oleh Zie Fauzi pada 10/5/2010. 
Meriah sungguh acara pemilihan pemenang ... untuk cerita selanjutnya klik di sini 

Terima kasih kepada si comel Alya di atas kelembutan tangannya dan kesungguhannya memilih pemenang, tak lupa juga buat Zie sekeluarga.  Tak sabar rasanya tunggu apa hadiah misteri tu.... dari Langkawi kot...

~~~~~~~~~~~~~~

09 Mei 2010

hIDUP uNTUK mEMBERI

~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Semoga kesejahteraan juga buat semua ibu-ibu seluruhnya.  Terima kasih ibu di atas segala jasa dan pengorbananmu.  Hanya setelah menjadi ibu baru ku tahu... betapa berat dan besarnya tugas dan tanggungjawab seorang ibu... biarpun selama ini aku hanya mendengar atau membaca namun ia tidak memberi kesan yang hebat melainkan setelah bergelar ibu... Pemberian kasih dan sayang dari seorang ibu tidak setanding dengan wang ringgit kerana kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu tidak mampu dibayar hatta dengan segunung intan sekalipun... kerana kitalah 'intan' itu...

"Memberi, Menghadiah, Bersedekah & Berkorban Demi Allah & Rasul adalah punca kepada pembersihan hati dan pembentukan wadah ilmu"

Selamat Hari IBU... Selamat dan sejahteralah IBU.  Semoga Ibu sentiasa dalam peliharaanNya.
~~~~~~~~~

Carian