Pengikut Setia

02 Mac 2010

Ada Apa Dengan Amalan Terbaik (Siri 4)

Selamat Sejahtera.  Selawat dan salam buat baginda Rasulullah, Rasul akhir zaman.

Masih bersempena bulan kelahiran Rasulullah S.A.W.  Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah untuk ikutan dan juga ingatan.

31.  Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah ) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun ( astagfirullahalazii m ) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut ( kerana dibimbangi terpercik ) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
~~~
Semoga mendapat manfaat bersama.

Ada apa dengan entri ke 150

***~~~***
Ini baru entri ke 150
Tiada cerita penting sebenarnya, cuma untuk kemaskini blog ini.
Hari ini sekali lagi, dalam masa yang amat dekat 'template' blog ini ditukar kerana tuan punya blog ini kurang puas hati dengan 'template' sebelum ini. 
Besar juga harapan semoga 'template' ini akan dapat bertahan lama, kerana asyik tukar 'template' bila nak siap kerja.
"Sendiri Mau Ingatla"
~~~***~~~

01 Mac 2010

Antara tetris, ayat-ayat cinta dan undang-undang...


Ini antara kisah dalam beberapa kisah berkaitan dengan mungkir pada janji... bukan janji dengan sesiapa tetapi janji kepada diri sendiri.  Biarpun dalam kesukaran menghadapi gelombang yang berkecamuk dalam kepala... namun kekuatan untuk mengukir kisah ini begitu kuat mencengkam dalam diri hingga mampu mengatasi apa saja rintangan (buatan sendiri).


Ini antara beberapa kisah berkaitan dengan 'brick games', novel ayat-ayat cinta dan juga kisah-kisah perundangan yang kadang-kadang ayatnya sukar untuk difahami berbanding novel ayat-ayat cinta mahupun permainan tetris...

Pada tahun ...mungkin dalam tahun 90an, kegilaan dan tarikh kepada permainan brick game terutama tetris begitu kuat... saban hari bermain brick game, pantang ada masa terluang maklumlah masa belum ada komitmen yang kuat yang perlu diberi perhatian.
Sehinggakan ada ketika masa masak nampak tetris dalam periuk... beras dan ikan tersusun macam tetris... basuh kain... sabun dan berus kain juga corak-corak kain terusun macam tetris... gila betul... ntah-ntah lingkaran otak pun tersusun macam tetris jugak... hmmm.... akhirnya kuatkan semangat ... tinggalkan seketika tetris.... hanya apabila dapat peluang untuk sambung pelajaran ... ambil course DPA..

Setelah sekian lama menanggung minat dan harapan akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading... peluang yang ada digunakan sepenuhnya... untuk semester pertama dapat four flat ... banggakan bercampur baur dengan bimbang, bimbang untuk meneruskan semester berikutnya.... hingga akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian... dari situ timbul minta untuk membaca buku-buku ilmiah berbentuk perundangan... biarpun ayatnya kadang-kadang mengelirukan, namun dah minat .. semua boleh ... kan?  Untuk seketika berhenti seketika membaca buku undang-undang, .. beralih arah.. macam Cinta Beralih Arah plak... lebih kurang gitulaa..

Minat membaca novel plak... bila jumpa kawan baru yang suka baca novel... tapi kurang minat dengan novel cinta... mungkin juga kerana zaman cintan-cintun dan berakhir kot... tapi jangan silap... cinta itu masih di hati...Dalam banyak-banyak novel yang dibaca... masih berkesan hingga kini adalah Mentafsir Elergi karya Norhayati Berahim... dan juga Ayat-ayat Cinta... semua orang tahu siapa penulisnya... cuma terlambat sikit sampai kepembacaan Aye..

Namun minat kepada main 'brick game' masih tidak berakhir dan mungkin juga tidak akan berakhir.  Kerana melalui permainan ini aye suka berfikir, macam-macam aye fikir.   

Aye nak kongsi apa yang pernah terlintas dalam fikiran aye semasa bermain game, iaitu berkenaan persahabatan:

  • Suatu masa kita berkawan.  kawan yang sama-sama susah dengan kita... senang pun sama dengan kita.  tak kiralah dia lebih senang atau kita lebih senang.  apa yang penting bila dia susah, kita bantu dan bila kita susah dia tak dapat bantu.  Tak per faham kerana dia juga susah...namun bahagia.

  • Tapi... bila kawan kita tu dah betul2 senang sekarang bila jumpa kita buat tak tau jer, macam tak pernah kenal atau macam baru kenal.

  • Tentu sekali kita akan berpendapat kawan kita semacam dah lupa diri atau tak kenang budi... betul tak?  Silap ... cuba fikirkan dengan mata hati kenapa kawan kita jadi macam tu..sebenarnya berpunca dari kita sendiri... Salah?  atau Tak suka dengan kenyataan tu? Kenapa?

  • Okey ini pendapat  aye. Kemungkinan...puncanya dari kita sendiri, kerana bantuan dan persahabatan kita itu tidak ikhlas ...Tidak ikhlas kerana ALLAH.  Itu sebab di pihak kita. 

  • Kalau di pihak kawan kita tu,... hanya dia yang tahu. Pertama, mungkin ada tingkah laku kita yang dia tak suka dan kita tak tahu... dia segan nak cakap sebab dia hormat kat kita yang telah banyak beri tunjuk ajar pada dia.  Kedua, kerana kita yang sombong dan tak tegur dia sebaliknya mengharapkan dia dulu yang tegur kita...betul tak? wahai sahabat-sahabatku...
~~~~~~~~~~~~~
panjang lebar plak entri ni...

Carian