Semoga hari ini dari hari-hari seterusnya dipenuhi dengan aktiviti dan suasana yang indah dan ceria.
Walau apapun yang terjadi... suka atau duka... kehidupan mesti diteruskan. Dalam kehidupan di dunia mahupun untuk di alam akhirat, pastinya kita mengharapkan yang terbaik. Mudah-mudahan apa yang diimpikan menjadi kenyataan.... Namun ingat... bukan senang nak senang dan tidak susah untuk susah... hm...
Untuk itu, apa juga pengharapan kita biarlah kepada Allah... kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa atas sesuatu... tidak akan jadi sesuatu perkara tanpa keizinanNya.
Untuk itu juga, pesanan ini adalah ingatan ini untuk diri sendiri dan kepada sesiapa juga yang mahu mengingati....
1. Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
2. Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
3. Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
4. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH.
~~~~~~~~~~~~