Assalamualaikum selamat sejahtera. Berikut adalah rangkaian amalan terbaik dalam hidup setiap manusia.
1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan - Riwayat At-Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat ) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
ikuti sambungan berikutnya... adalah banyak lagi.
~~~
Nota: artikel ini dipinjamkan daripada mazmi807@perak.uitm.edu.my.
~~~
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
12 Januari 2010
11 Januari 2010
Mengena, Terkena,... Mengapa Harus Terjadi?
Entah di mana silapnya... hari ini tadi bersemangat nak kerja... banyak kerja yang perlu disiapkan dan diselesaikan segera...
cerita 1: Pagi tadi... bila berjumpa seseorang ... ingatkan dah siap atau dah nak siap...
"Tipah tertipu" plak.... memang dah agak dari awal lagi... tapi tak sangka betul plak.buatlah sendiri siapkan mana patut. Moral of the story is Pengajaran: Sentiasalah bersangka baik dan fikirkan yang terbaik semoga setiap urusan mencapai kejayaan
Cerita 2: Pagi tadi juga... selepas cerita 1, terima berita lagi... nak kata buruk, tak lah buruk sangat dan nak kata baik tak juga sebab tak berapa nak suka... tapi sekarang kena suka juga... sebab dah kena 'high impact 2010'. Moral of the story Pengajaran lagi: Terimalah tugasan ini sebagai cabaran 2010... kerana Hidup Berani Untuk Gagal. Jangan gagalkan hidup ini... kerana benda2 kecik dan remeh temeh tu...
Cerita 3: Baru berkaitan dengan gambar di atas... Aye percaya ini adalah kerana kisah benar... kalau nak tau citernya bacalah, klik kat gambar tu... Macam tak percaya kan. Moral of the story Pengajaran: Dalam melusuri hidup ini, mesti ikhlas dan elakkan diri dari melukakan hati dan perasaan orang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tujuan Aye 'tempek' gambar di atas adalah untuk bacaan dan ingatan bersama. Maafkan Aye andai ada yang terluka dengan entri kali ini.
08 Januari 2010
Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com
Macam nak citer ha... actually "Saya tahu contest ni dari blog denaihati.com". Itupun dari facebook. Puas juga cari entri ni kat blog denaihati tapi tak jumpa... kat mana... jadi tak dapatlah AYE sertakan link penyertaan denaihati. sori yek.., yang dapat AYE sertakan kat sini hanya link ke blog denaihati jer... harapan tu dapatlah blog aye dan blog denaihati tersenarai dalam contest ni.
Syarat2 untuk menyertai contest ni tak susah sangat... kalau nak tau lebih lanjut .. klik kat sini. mudah jer... antara nak dengan tak nak jer..
Aye join contest ni pun saja suka-suka, mana tau boleh tambah kenalan... kalau ada yang sudi berkenalan la... Apa-apa pun yang penting... 'kerjasama' dan nak tambah skill .
Last but not least... cuba jangan tak cuba... selamat maju jaya...
'Hidup Berani Untuk Gagal'
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA