Pageviews

Memaparkan catatan dengan label muarqabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muarqabah. Papar semua catatan

07 Oktober 2010

muraqabah ikhlas dan mujahadah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

semalam dan seperti hari yang lepas-lepas
dah kata nak menyepi
tapi tak juga sepi
kerana hidup ini mesti diteruskan
manakan tidak, keriuhan sekeliling memaksaku
untuk terus berinteraksi dengan alam dan insan
jika aku menyepi pun hanya untuk seketika waktu saja
ketika aku di sejadah... menyepikan diri dengan Ilahi
ketika di pembaringan... menyepikan diri dengan ....
tidur la...

sekadar gambar hiasan untuk mencantikkan cerita... dipinjam dari mr. google.com
(aye pun ada twitter gak... tapi jarang-jarang guna, sebab lebih selesa dengan blog ini dan juga facebook - juga kadang-kadang)
hidup ini biarpun kita rasa sendiri
kita harus ingat kita bukanlah sendirian
kerana setiap tingkahlaku kita, hatta niat dihati pun sentiasa diawasi Allah
waspadalah dengan setiap pergerakan dan niat
ingatan untuk diri juga... sentiasa ikhlaskan diri
biarpun ikhlas itu tidak hadir sekarang
tiba masa ikhlas itu akan hadir jua... jika itu kehendak kita

~~~~~~~~~~~~~~~

Barangsiapa mengoreksi batinnya dengan muraqabah (senantiasa merasa diawasi oleh Allah) dan ikhlas, maka ia akan menghiasi lahirnya dengan mujahadah dan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alahi wasallam, karena Allah berfirman, 'Dan orang-orang yang bermujahadah untuk Kami, niscaya akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.' (al-Ankabut : 69)

(Al-Harits)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~