Pageviews

16 Julai 2020

10 Jenis- jenis Rezeki Daripada Allah SWT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




10 Jenis- jenis Rezeki Daripada Allah SWT


Dipanjangkan semula jenis-jenis rezeki untuk kita fahami.  Selalu orang kata "rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari".  Inilah dianya antara rezeki-rezeki yang kita tidak harus menolaknya.  Namun harus kita ingat sesuatu itu rezeki atau musuh tidak datang dengan sendiri jika kita tidak mencarinya.  Apa-apapun jom kita hayati apa itu 10 rezeki yang telah dijamin oleh Allah untuk kita.




1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

Firman Allah SWT maksudnya, "Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud (11) ayat 6)


2. Rezeki Kerana Usaha.

Firman Allah SWT maksudnya, "Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya" (Surah an- Najm (53) ayat 39)


3. Rezeki Kerana Bersyukur.

Firman Allah SWT yang bermaksud:  "Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu" (Surah Ibrahim (14) ayat 7)


4. Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"
(Surah At Thalaq (65) ayat 2)


5. Rezeki Kerana Istighfar.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta” (Surah al- Jinn (71)  ayat 10-11)


6. Rezeki Kerana Berkahwin.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya.” (Surah an-Nur (24) ayat 32)


7. Rezeki Kerana Anak.

Firman Allah SWT maksudnya, "Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah al-Isra' (17) ayat 31)


8. Rezeki Kerana Sedekah.

Firman Allah SWT maksudnya, "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak" (Surah Al Baqarah (2) ayat 245)


9. Rezeki Kerana Keberkatan Berpagi-Pagian.

Waktu yang berkah adalah waktu yang penuh kebaikan. Waktu pagi telah dido’akan khusus oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai waktu yang berkah.

Dari sahabat Shokhr Al Ghomidiy, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا

“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”


Apabila Nabi shallallahu mengirim pasukan tentera, baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam mengirimnya pada pagi hari. Sahabat Shokhr sendiri (yang meriwayatkan hadits ini, pen) adalah seorang ahli perniagaan. Dia biasa membawa barang dagangannya ketika pagi hari. Kerana hal itu dia menjadi kaya dan banyak harta.


Abu Daud mengatakan bahwa dia adalah Shokhr bin Wada’ah.

(HR. Abu Daud no. 2606. Hadits ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abi Daud)


10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)."


Kesemua rezeki adalah datangnya daripada Allah SWT, dikurniakan- Nya di jalan yang tiada disangka- sangka kepada hamba- hambaNya yang beriman dan bertakwa.


Carilah rezeki kurniaan Allah dengan berusaha  berdoa dan bertawakal sesungguhnya Dia tidak akan menghampakan permohonan kalian semua.


Terima kasih keran membaca dan memahami 10 Jenis- jenis Rezeki Daripada Allah SWT


.

2 ulasan:

  1. Macam macam nikmat rezeki yang Allah berikan. Bersyukurlah kita :)

    BalasPadam
  2. mcm2 rezeki yg kita dpt sebenarnya..tp bnyk yg kita tak nampak kan

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.