Selamat pagi semua. Hari ni sudah pun masuk hari ke-23 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Sekejap sangat rasanya masa berlalu...
Tanpa celoteh lebih panjang saya hendak berkongsi satu petikan tanpa penulis asal. Petikan ini saya perolehi dari kalendar bulan April 2014. Petikan tersebut berbunyi begini :
"Masa depan anda terbentang di hadapan anda umpama sebatang lorong yang penuh dengan salji putih. Berhati-hatilah apabila anda memijaknya, kerana setiap langkah anda, pasti akan meninggalkan kesannya"
Mungkin kita boleh iktibar bahawa setiap apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita untuk masa depan pasti ada sejarah tersendiri seperti suka duka, tawa dan tangis. Tetapi yang lebih penting setiap yang kita lakukan itu seharusnya diiringi dengan usaha kita sendiri bukan jalan pintas yang meninggalkan jejak hitam. Kerana ia sudah tentu pahit untuk diterima. Kita sudahpun mempelajari sesuatu dari apa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.
Jadilah yang terbaik dengan jalan yang baik. Semoga kesudahan hidup kita berakhir dengan kebaikan.
Terima kasih.
selamat pagi - cgujinggo kembali ke blog
BalasPadamselamat pagi cikgu... baru ternampak blog cikgu muncul di bahagian atas hari ini... selamat kembali yer :D
PadamAssalamualaikum selmt pagi...sama2 menuju kearah yg lebih baik..
BalasPadamsama-samalah kita ... mencari kebaikan
PadamSalam...orang kata, masa depan kita bergantung kepada apa yang kita lakukan harini...semoga kita lebih baik dari masa ke masa..
BalasPadambaik hari ini... baiklah masa depan. Kita semua mencari kebaikan
Padamsaja mai singgah blogwalking dari blog MiaLiana.Selamat Menyambut ramadhan ke 23 naa..MiaLiana rajin kumpul LINK blogger2 lain.membuatkan kita semua lebih dekat antara satu sama lain... ;-)
BalasPadammai lah singgah selalu... eloklah kan ada link blogger lain... senang nak blogwalking :D
Padam