As salam,
Masih terlalu awalkah untuk bercerita mengenai sesuatu yang bakal berlaku pada
tahun 2013? Sudah tentu tidak. Di mana-mana sahaja di kedai buku telah pun ada
kalendar 2013 seperti kalendar meja, planner, management diary, diari muslimah dan yang paling popular adalah kalendar kuda.
Pada tahun 2013, anak pertama baru masuk darjah satu, anak kedua berusia 6 tahun dan akan sambung lagi sesi pengajian di PASTI, anak ketiga pula baru mencecah umur 2 tahun dan anak ke-4 pula akan berusia 1 tahun.
Pada tahun itu juga rumah baru akan siap, Insaa Allah. Pada asalnya dijangka siap pada hujung tahun 2012 iaitu bulan sekarang (Disember). Seperti biasa kita mampu merancang Tuhan yang menentukan. Ada hikmah yang kita tidak ketahui. Lambat siap bermakna lambatlah potong gaji bermakna juga sempat lagi kumpul duit.
Semoga perancangan dan
tekad 2013 terlaksana.