Pageviews

15 Februari 2014

Hadiah untuk saling mencintai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bekas yang cantik untuk meletakkan 'hadiah' perkahwinan.  Gambar hiasan


Hadiah untuk saling mencintai.  Memang biasa kita dengar.  Dengan cara pemberian hadiah kepada seseorang dapat mengeratkan tali silaturrahim.  Tetapi lihat juga hadiah yang bagaimana.  Kita juga sebenarnya tidaklah sepatutnya sentiasa mengharapkan hadiah daripada orang lain untuk kita sayang atau cinta padanya.


Cerita dan pengalaman ini mungkin ada sedikit kaitan dengan tajuk cerita ini.  Teringat kisah ketika YB berada di zaman kanak-kanak dahulu.  Arwah bonda akan membawa sedikit buah tangan setiap kali bila ke rumah saudara-mara atau jiran tetangga.  Terutama bila ada sesuatu keramaian seperti kenduri kahwin atau kenduri doa selamat.

Lazimnya buah tangan atau hadiah yang dibawa mengikut jenis majlis.  Ketika kenduri, hadiah yang sering dibawa adalah susu pekat manis dua tiga tin atau gula sekilo dua. Kadang-Kadang bawa biskut empat segi yang ada gula.  Jarang sangat bawa kueh, kek atau buah.  Mungkin mengikut jenis majlis dan ada juga majlis-majlis tertentu yang YB tidak ikut.

Zaman sekarang memang tidak jauh bezanya.  Tetapi disebabkan kenduri pada zaman sekarang sering kali menggunakan khidmat katering maka budaya itu sedikit sebanyak kurang dipraktikkan.  Kecuali oleh saudara mara terdekat sahaja.

Walau apapun terpulang kepada kita sendiri bagaimana untuk praktikkan budaya memberi.  Tidak semestinya pada majlis atau acara tertentu sahaja.  Seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada Rakan Blogger Malaysia sekarang.  Seperti blogger Denaihati yang mempraktikkan tagline 'Hidup Untuk Memberi' dengan menganjurkan Sepetang Bersama Blogger.  Termasuk juga beberapa Rakan Blogger lain yang banyak mengamalkan 'Hidup Untuk Memberi'.  Baguskan!!!

Semoga dengan amalan ini dapat memberikan kita lebih banyak ruang dan peluang untuk berbakti kepada masyarakat.  Kecil atau besar tidak menjadi soal yang penting keikhlasan dan niat yang murni.

Berilah hadiah satu dengan lainnya, niscaya kalian akan saling mencintai.  (HR Bukhari)



suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

7 ulasan:

  1. salah satu caranya ialah ngan buat GA hehehe

    BalasPadam
  2. Amalan yang baik diamalkan. Pemberian haruslah sesuai mengikut majlis dan situasi. Kalau dikampung...penuh dapur dgn barangan masakan dan makanan pembrian orang kampung dan saudara mara setiap kali kenduri. Jimat belanje...

    BalasPadam
  3. to encik Abil, eh eh lalu jer... tak per lah nak jemput singgah pun tuan rumah tak der... hehehe

    BalasPadam
  4. to Nurfaezah, betul tu... setuju sangat dan yang penting GA tu kenalah ikhlas :D

    BalasPadam
  5. to BM, suasana kampung dengan bandar memang jauh beza walaupun ada sedikit persamaan.

    BalasPadam
  6. dgn memberi menunjukkan kita saling menghargai..=)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.