Pageviews

09 Februari 2014

Beg sandang untuk 3 orang penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beg sandang untuk 3 orang penting

3 beg buat insan tersayang.
Dari kiri beg mengaji untuk Irdina, beg mengaji untuk Alif dan beg kerja untuk encik suami.
Semoga menepati citarasa mereka. Sayang semua!!!

Beg sandang untuk 3 orang penting yang istimewa.  Bukan biasa sebenarnya bagi YB untuk menyiapkan 3 unit beg dalam masa 2 hari.  Sememangnya memang tidak pernah dibuat.  Tetapi pada hujung minggu kali ini YB berjaya menyiapkan 3 beg untuk keperluan 3 insan tersayang.  Bukan 3 orang saja yang disayang dalam keluarga ini tetapi ramai lagi tetapi untuk kali ini baru berjaya menyiapkan 3 beg ini untuk kegunaan mereka bertiga.


Asal-usul bagaimana beg ini boleh dibuat?  Sebenarnya dalam tidak disangka pada tengahari Sabtu encik suami merungut (tidaklah kritikal sangat) katanya beg yang ada sekarang talinya pendek dan sukar nak digunakan.  Walaupun pada pandangan YB nampak macam biasa saja tidak pula menyusahkan.  Rungutan itu sudah dua tiga hari kedengaran tetapi tidak diendahkan.  Dalam otak ini berlegar-legar mentol idea mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah encik suami itu.  Hanya pada hari Sabtu lepas 'cahaya mentol idea' menjadi kenyataan kerana ia menyala dengan terangnya....

Bahan yang digunakan hanya asasnya sahaja terdiri daripada lebihan kain uniform, zip dari beg lama yang telah terkoyak dan lebihan reben untuk tudung serta campuran benang jahit sedia ada dan tali beg lama... :P

Ilham tercetus setelah melihatkan beg pemberian jiran sekembalinya dari umrah.  Beg comel  digunakan untuk menyimpan telekung untuk ke pejabat dan masih lagi elok cuma talinya yang tercabut kerana jahitan kurang kemas.  Tak sempat nak tangkap gambar beg tu... dah disimpan.


Beg pertama yang berjaya disiapkan dalam masa lebih kurang 7 jam.  Beg yang ringkas rasanya sesuai untuk lelaki.  Jangan terkejut tengok tali beg.  Ini adalah kerana tali beg ini diambil dari beg lama yang sudah tidak digunakan lagi.  Beg lama itu telah koyak dan tidak sesuai digunakan lagi.  Namun masih ada bebarapa bahagian tertentu yang boleh digunakan semula.  Encik suami juga menerima baik penggunaan tali beg coklat itu.  Cuma mungkin boleh ditambahbaik lagi.  Itu kena tunggu projek akan datang...


Beg kedua dibuat bagi menggantikan beg mengaji Alif yang telah koyak.  Alif suka sangat dengan beg ini, walaupun talinya hanya satu.  Beg ini kosong dan tiada corak, sesuai sangat untuk budak lelaki.  Alif kata nak lukis dengan crayon.  Umi kurang bersetuju kerana nanti akan mencomotkan pakaian.  Alif boleh terima tetapi mencadangkan umi menampal sesuatu pada beg itu... okey dalam pertimbangan.



Beg ketiga ini disiapkan setelah mengambil kira beg mengaji Irdina juga hampir koyak.  Dengan adanya perancangan rapi dan dari pengalaman membuat beg kedua serta beg pertama maka terhasillah garisan warna warni dari lebihan riben.


Semoga hasil kerjatangan yang tidak seberapanya ini mampu memberi keceriaan kepada penerimanya.

Hujung minggu ini amat bermakna sekali kerana berjaya menyiapkan sesuatu yang berguna untuk seisi keluarga.  Dari sarapan awal pagi dan beg di atas.  Namun YB tidak berkesempatan mengunjungi Rakan Blogger yang singgah meninggalkan komen atau sekadar singgah sebentar.  Hanya setelah siap beg-beg comel di atas baru berpeluang melawat semula Rakan Blogger.  Terima kasih kepada semua atas sokongan dan dorongan.



suka duka pentas dunia



$$$

4 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.